BUTTERWORTH: Kandungan oksigen terlarut yang turun secara mendadak dikenal pasti antara punca kematian ikan di Sungai Kulim, Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, di sini Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, penurunan oksigen itu berpunca daripada peningkatan kandungan pepejal terampai yang berkemungkinan disebabkan hujan lebat di hulu Sungai Kulim.
Insiden itu, jelas beliau, menyebabkan berlaku fenomena ikan mabuk seterusnya mati.
Sharifah Zakiah berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima laporan kejadian ikan mabuk dan mati di Sungai Kulim itu pada pukul 5.45 petang Jumaat.
Katanya, JAS telah mengambil sampel air di tiga lokasi berdekatan selain membuat pemantauan melalui dron di sekitar sungai berkenaan.
“Siasatan seterusnya dilakukan di bahagian hulu sehingga memasuki sempadan Kulim sebelum turut menemui ikan mati terapung di kawasan Kedah… lalu kita memerlukan penyertaan JAS Cawangan Kulim.
'' Setakat ini siasatan mendapati, tiada punca industri yang berpotensi mencemar sungai berkenaan dan JAS mendapati kandungan oksigen terlarut turun mendadak iaitu selari dengan peningkatan kandungan pepejal terampai, '' katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata, JAS negeri akan meneruskan kerjasama dengan JAS Kedah dalam mengawal pencemaran merentasi sempadan.
Menurutnya, kejadian ikan mabuk dan mati di Sungai Kulim itu juga akan dimaklumkan kepada pihak Lembaga Sumber Air Kedah untuk tindakan sewajarnya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti yang tertakluk di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
''Orang ramai disarankan tidak melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pencemaran air untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.'' katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berhubung kes-kes pencemaran boleh menghubungi JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 08 2021
![Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615206247_sgkulim.jpg)
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil sampel air di tiga lokasi berdekatan selain membuat pemantauan melalui dron di sekitar Sungai Kulim. - Gambar ihsan JAS
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615206247_sgkulim.jpg)
Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang
Punca kematian ikan di Sungai Kulim akibat andungan oksigen terlarut yang turun secara mendadak.