Institut Jantung Negara (IJN) memperuntukkan sejumlah RM45 juta bagi melaksanakan pelan tujuh tahun yang membolehkannya beroperasi sebagai hospital tanpa kertas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub.
Beliau berkata, usaha memanfaatkan penggunaan teknologi yang diperkenalkan dalam pelan itu pada 2015, juga bertujuan menyediakan perkhidmatan serba canggih kepada para pesakitnya.
Menurutnya, pelan itu yang kini masuk tahun ketiga pelaksanaannya, menyaksikan hospital swasta milik kerajaan itu mengguna pakai beberapa modul bagi sistem teknologi pengimejan, sistem hospital serta sistem kewangan.
"Bagi tahun depan dan seterusnya, kami akan menggunakan rekod perubatan elektronik (EMR) yang mana sistem ini akan melibatkan integrasi pelbagai modul sedia ada masa kini dan pada akhirnya menjadi sebuah hospital tanpa kertas.
"Ini seiring dengan keinginan masa depan hospital ini bagi menyepadukan semua sistem sedia ada untuk mencatat kemajuan dari segi keselamatan pesakit selain kecekapan dan kawalan kos," katanya.
Dr Mohd Azhari yang dipilih sebagai Alumni Cemerlang Program Kepimpinan dan Pengurusan Lanjut Oxford, kini berada di London bagi menerima anugerah itu pada Jumaat.
Beliau berkata demikian kepada wakil media yang menyertai delegasi itu.
Menurutnya, IJN yang dibuka pada 1992, bermatlamat memperkasakan pesakitnya dari segi keupayaan termasuk membuat temu janji menerusi telefon mudah alih masing-masing selain mendapatkan keputusan perubatan dari hospital tersebut.
Dr Mohd Azhari turut mengunjungi Hospital Royal Papworth di Cambridge, sebuah institut kardiovaskular seperti IJN, dalam usaha menyelami pengalaman hospital itu dalam pelaksanaan sistem EMR berkenaan.
Delegasi IJN itu akan turut mengunjungi dua hospital lain di London dan Oxford bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai EMR serta meninjau peluang kerjasama dari segi penyelidikan dan penjagaan klinikal.
"Selepas pelaksanaan EMR iaitu 'integrator' (teras) modul sedia ada, kita perlu menumpukan pula modul lain seperti pemberian ubat secara automatik selain aspek penjadualan yang merupakan sebahagian daripada pelan maklumat utama," katanya.
Merujuk aspek penjadualan itu, Dr Mohd Azhari berkata ini akan memudahkan pesakit untuk memilih tarikh serta masa temu janji yang diingini.
Ditanya mengenai usaha pengurangan kos integrasi dalam sistem teknologi itu, beliau berkata IJN tidak menetapkan sebarang sasaran dan lebih kepada memenuhi jangkaan pelanggan.
Malah, bersandarkan kecekapan dan pengalaman pesakit yang lebih baik, beliau yakin IJN berupaya merawat lebih ramai pesakit persendirian.
"Pada masa ini, majoriti pesakit IJN adalah dari Indonesia dan semakin ramai dari Myanmar dan Vietnam.
"Bagi kemajuan masa depan, kami berharap untuk merawat lebih ramai pesakit dari Timur Tengah dan Bangladesh," katanya.
Menurutnya, IJN turut menjangkakan bilangan pesakit persendirian yang berhasrat mendapat rawatan di IJN akan meningkat kepada 50 peratus dalam tempoh liha tahun akan datang, berbanding 30 peratus ketika ini.
Setakat ini, IJN dibarisi oleh kira-kira 70 pakar (tempatan) yang berkhidmat dalam bidang canggih seperti elektrofisiologi yang berkaitan ritma jantung, kegagalan jantung, campur tangan (perubatan) kompleks dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018

Hospital swasta milik kerajaan itu mengguna pakai beberapa modul bagi sistem teknologi pengimejan, sistem hospital serta sistem kewangan. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

IJN laksanakan pelan 7 tahun jadi hospital tanpa kertas
Usaha memanfaatkan penggunaan teknologi itu bertujuan menyediakan perkhidmatan serba canggih kepada para pesakitnya.