Institut Jantung Negara (IJN) mencatatkan satu lagi sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan alih arteri yang pertama ke atas salah seorang bayi kembar Siam yang berjaya dipisahkan pada Mac.
Ketua Jabatan Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital IJN, Dr Hasri Samion berkata Aleesha Hana dan kembarnya Aleeya Hana dilahirkan pada 19 Feb tahun ini di Sabah dengan Aleesha didiagnos menghidap Transposition of the Great Arteries (TGA) dua minggu kemudian.
TGA ialah situasi apabila aorta bersambung ke ventrikel kanan dan arteri pulmonari bersambung ke ventrikel kiri menyebabkan darah beroksigen dan darah nyahoksigen bercampur dan dengan itu, paru-paru dan tubuh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
Dr Hasri berkata mengaku bahawa pembedahan itu mencabar kerana ia melibatkan pelbagai peringkat pembedahan dan pasukan pakar dari pelbagai lokasi bermula dengan pembedahan untuk memisahkan kembar itu yang dilakukan di Hospital Likas di Sabah.
"Kami tidak dapat melakukan pembedahan dengan segera kerana Aleesha masih bercantum dengan kembarnya. Pasukan Pediatrik Hospital Likas bersama-sama dengan pakar bedah pediatrik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) kemudian melakukan pembedahan sebelum mereka berjaya dipisahkan,'' kata beliau pada sidang media di sini pada Isnin.
Beliau berkata ini menyebabkan kelewatan yang menimbulkan risiko kepada bayi yang akan menjalani pembedahan itu.
"Bayi itu dipindahkan ke IJN ketika berusia tiga bulan untuk pembedahan jantung sedangkan pembedahan itu boleh dilakukan ketika dia berusia satu bulan,'' kata beliau.
Dr. Hasri berkata kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa teknologi komunikasi canggih yang membolehkan pasukan pediatrik mengenai keadaan bayi tersebut apabila dilahirkan.
Sementara itu, Perunding Pakar Bedah Kardiotorasik, Dr Siva Kumar Sivalingam yang melakukan pembedahan itu berkata Allesha menjalani pelbagai prosedur kecemasan dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk proses sembuh.
"Bayi itu juga didapati menghadapi masalah paru-paru lemah dan dijangkiti sebelum pembedahan. Selepas keadaannya stabil, dia menjalani pembedahan yang mengambil masa empat jam pada 16 Mei," kata beliau.
Aleesha akan dipindahkan semula ke Sabah pada Selasa sementara ibunya ketika ditemui memuji IJN dan para doktor yang berjaya menyelamatkan cahaya matanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019

Siva Kumar (tengah), Hasri (kiri) dan Perunding Kardiologi (Intensif) Pediatrik IJN Dr Khairul Faizah Mohd Khalid (kanan) pada sidang media di IJN pada Isnin, 10 Jun, 2019. --fotoBERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Salur darah terputus gara-gara naik gelongsor air setinggi 22 meter
Graves merasakan keperitan di bahagian bawah pelvisnya selepas menaiki gelongsor air ke dalam kolam dan melihat darah mengalir di kakinya.

IJN catat sejarah lakukan pembedahan alih arteri ke atas bayi kembar siam
Pembedahan itu mencabar kerana ia melibatkan pelbagai peringkat pembedahan dan pasukan pakar dari pelbagai lokasi bermula dengan pembedahan untuk memisahkan kembar itu di Hospital Likas.