Memiliki ijazah semata-mata tidak menjamin untuk mendapat pekerjaan sebaliknya perkembangan dunia masa kini memerlukan seseorang itu mempunyai pelbagai kemahiran, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata dengan ini seseorang itu mampu mencipta sesuatu yang baharu dan tidak hanya menunggu untuk sesuatu perkara berlaku malah pada hari ini majikan tidak lagi memandang hanya kepada ijazah tetapi potensi yang dimiliki individu.
"Kita perlu bersikap proaktif daripada selalu reaktif, sedar ataupun tidak senario masa kini memerlukan bakat yang kreatif serta inovatif.
"Sekiranya kita mempunyai bakat, percayalah kita pasti menjadi sasaran (pilihan) majikan," katanya semasa merasmikan pelancaran Biasiswa Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (PPM) di sini Khamis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Katanya sepanjang 50 tahun lalu, tumpuan diberi kepada modal insan di dalam memenuhi keperluan yang semakin ketara namun cabaran sekarang bukan sahaja menyediakan pendidikan asas semata-mata tetapi lebih kepada menyediakan bakat serta kepakaran.
Malahan, kata Rosmah, negara maju seperti Amerika Syarikat menyedari bahawa untuk mengekalkan status negara maju, mereka harus memberi tumpuan lebih kepada bakat dan tenaga kerja.
"Sehubungan dengan itu, saya percaya untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, kita seharusnya memberikan tumpuan kepada pelaburan bakat rakyat Malaysia," katanya.
Beliau juga mengingatkan golongan belia supaya sedar bahawa mereka adalah pewaris kepimpinan hari ini dan akan mencorakkan masa depan negara dan oleh itu mereka harus bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Dalam majlis yang sama Rosmah turut dianugerahkan gelaran Srikandi Pendidikan Negara daripada PPM atas usaha beliau yang komited ke arah pembangunan pendidikan generasi muda Malaysia seawal kanak-kanak sehingga berpendidikan tinggi.
Universiti Lim Kok Wing menyediakan 30 biasiswa penuh bernilai lebih RM3 juta meliputi 60 program di tujuh fakulti universiti itu.
Fakulti berkenaan ialah Animasi Reka Bentuk; Kreativiti Multimedia; Fesyen dan Kreativiti Gaya Hidup; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Komunikasi, Media dan Penyiaran; Globalisasi dan Pengurusan Perniagaan serta Seni Bina dan Alam Bina.
Bernama
Thu Feb 13 2014
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Ada dua ijazah, kuasai tiga bahasa tapi susah dapat kerja
Lohanny berkongsi kisah sedihnya itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya dengan memegang resume.
KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), di seluruh politeknik di Malaysia.
Memburu PhD dari tirai besi
Tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh sesorang banduan, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar.
Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar
Falsafah dan peranan pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diubah dan diperluaskan.
Ibu bapa sebak terima ijazah Anumerta anak
Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasang suami isteri tatkala menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia(USM) ke-60
Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO
Konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.
Bapa dan anak terima skrol serentak pada Majlis Konvokesyen UUM
Dua beranak itu antara 244 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama majlis konvokesyen itu hari ini.
UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.