Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd menerima RM123 juta daripada syarikat SRC International dan juga anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd antara tahun 2014 dan 2015.
Demikian kata saksi ke-36 dalam perbicaraan kes SRC International yang melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi, pada Rabu iaitu hari ke-18 perbicaraan.
Apabila disoal balas peguam pembelaan, Farhan Read, saksi Aishah Ghazali bersetuju bahawa Ihsan Perdana menerima RM20 juta daripada SRC International dan RM103 juta pula daripada Gandingan Mentari.
Gandingan Mentari merupakan anak syarikat SRC International dan Ihsan Perdana merupakan syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.
Bagaimanapun, bekas Eksekutif Akaun Kanan Ihsan Perdana Sdn Bhd tersebut memberitahu bahawa RM20 juta lagi yang diterima oleh Ihsan Perdana menerusi akaun Affin Banknya berasal daripada sumber yang tidak dikenali.
Dalam pada itu, beliau juga memberi keterangan bahawa RM42 juta dipindahkan daripada akaun Ihsan Perdana ke dalam akaun Najib bagi tujuan CSR.
Saksi memberitahu bahawa transaksi dibuat atas arahan yang diberikan kepadanya oleh Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Shamsul Anwar Sulaiman.
Beliau mengesahkan pemindahan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada Ihsan Perdana kepada akaun AmBank milik Najib dengan nombor akhir 880 dan 906.
Namun, beliau kemudiannya mengakui bahawa RM27 juta yang dipindahkan daripada Ihsan Perdana kepada akaun bekas perdana menteri itu bagi tujuan CSR adalah andaiannya.
Hal ini kerana Shamsul tidak pernah memberitahunya secara jelas tujuan pemindahan wang tersebut.
Isabelle Leong
Wed May 15 2019
![Ihsan Perdana terima RM123 juta daripada SRC, Gandingan Mentari - Saksi Ihsan Perdana terima RM123 juta daripada SRC, Gandingan Mentari - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554971338_NajibSRC.jpg)
Saksi memberitahu, memberi keterangan bahawa RM42 juta dipindahkan daripada akaun Ihsan Perdana ke dalam akaun Najib bagi tujuan CSR. - Astro AWANI / Shahir Omar
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lembaga Pengarah SRC mungkin diperdayakan - Saksi Lembaga Pengarah SRC mungkin diperdayakan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560413150_TanSriIsmeeIsmail.jpg)
Lembaga Pengarah SRC mungkin diperdayakan - Saksi
Gandingan Mentari memeterai perjanjian dengan Putra Perdana Construction sebagai pengurus pelaburan dalam perlombongan di Amerika Selatan, memperuntukkan RM140 juta.
![Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436002631_AbdulGaniPatail.jpg)
Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu
Pihak berkuasa menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri.