KUALA LUMPUR: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengakui berdepan cabaran dalam mencapai konsensus mengenai perjanjian pandemik dan pindaan terhadap IHR, beliau berkata langkah mengutamakan hak kepada kesihatan memerlukan usaha kolektif bagi menangani ketaksamaan dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk kecemasan masa depan.
"Saya ingin tegaskan bahawa kesaksamaan perlu menyokong sebarang perjanjian ke arah penambahbaikan lebih bermakna dalam usaha mencegah pandemik, kesiapsiagaan dan respons secara kolektif. Kolaborasi menjadi kunci untuk melangkah ke hadapan dan mengimbangi sumber dengan matlamat kesihatan awam global adalah penting.
"Hanya selepas itu barulah kita boleh menangani jurang dan ketaksamaan dalam usaha mencegah serta memberikan tindak balas terhadap pandemik dan kecemasan kesihatan lain sambil bersama-sama melindungi hak kedaulatan negara. Saya yakin kita mampu melakukan perubahan transformatif dengan hasil yang berkekalan dan menjadi legasi," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 di Geneva hari ini melalui video yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan.
Beliau turut berkongsi komitmen kerajaan Malaysia untuk memastikan setiap individu tanpa mengira latar belakang atau kedudukan sosioekonomi mempunyai akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan penting sepanjang hidup mereka.
Sementara itu, ketika membicarakan hak sejagat kepada kesihatan, Anwar turut menggesa komuniti antarabangsa mengambil lebih banyak tindakan untuk menghentikan kekejaman dan memastikan akauntabiliti terus bergerak susulan malapetaka kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza.
"Mereka bukan hanya berdepan kebuluran, malnutrisi dan penyakit tetapi juga hospital mereka telah dibom oleh rejim Israel manakala pekerja perubatan dan sukarelawan kemanusiaan dibunuh secara rambang," katanya.
Pada 24 Mei lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah menegaskan bahawa penglibatan Malaysia dalam dua platform rundingan antarabangsa adalah bagi melindungi kepentingan kesihatan awam negara.
Beliau merujuk kepada langkah Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) yang menggubal instrumen antarabangsa dikenali sebagai Perjanjian Pandemik dan Kumpulan Kerja mengenai Pindaan kepada IHR (WGIHR) kerana melakukan semakan terhadap IHR 2005 secara bersasar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
Draf berkaitan WHO CA+, pindaan IHR 2005 dibentang di WHA ke-77 pada Mei 2024
Sesi perbincangan di antara Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) dan Kumpulan Kerja Mengenai Pindaan Kepada IHR (WGIHR) masih berlangsung.
Hampir 100 penunjuk perasaan maut di Iran
Perhimpunan solidariti bersama wanita Iran yang bertindak membakar tudung diadakan di seluruh dunia.
COVID-19: Empat individu pulih dan dibenarkan pulang
Keempat-empat individu itu merupakan kontak rapat kepada kes pertama yang dilaporkan di Singapura.