Semua graduan universiti awam (UA) disasarkan mencapai tahap penguasaan Bahasa Inggeris B2 iaitu bertutur dengan fasih di bawah Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau optimis sasaran itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan Malaysia English Assessment (MEA) yang selaras dengan CEFR sejak sesi akademik September lepas.
Katanya ketika ini kebanyakan graduan UA berada pada tahap B1 iaitu bercakap dengan perbendaharaan kata yang terhad.
"Di bawah CEFR terdapat enam tahap penguasaan iaitu A1 hanya boleh memperkenalkan diri sendiri, A2 boleh berkomunikasi secara ringkas, seterusnya B1, B2 serta yang advance adalah C1 boleh mengajar Bahasa Inggeris dan C2 native speaker (penutur asli).
"Kita mahu sekurang-kurangnya graduan UA boleh mencapai tahap B2 iaitu bertutur dengan fasih supaya mereka boleh berkomunikasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan MEA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, pada Selasa.
Idris berkata MEA yang akan diaplikasikan dalam kursus wajib Bahasa Inggeris di semua UA mempunyai dua komponen iaitu MEA 1 melalui pembelajaran formal dan MEA 2 pembelajaran tidak formal di luar kelas.
Bagi MEA 1, katanya, bank soalan dikenali Tempat Simpanan Ujian Bahasa Inggeris Pendidikan Tinggi (HELTR) sedang dibangunkan untuk semua institusi pendidikan tinggi yang mengambil bahagian untuk menyimpan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris mereka.
"Bank soalan ini akan menyediakan banyak bahan untuk pensyarah menyediakan kertas peperiksaan di masa depan.
"Kertas peperiksaan ini perlu mematuhi Spesifikasi dan Binaan Ujian MEA bagi Pentaksiran Formal untuk memastikan soalan-soalan itu selaras dengan CEFR," katanya.
Beliau berkata MEA 2 akan memerlukan penuntut menyiapkan tugasan dengan menggunakan bahasa yang betul dari konteks kebudayaan dan sosial berkaitan.
"Pentaksiran akan membabitkan enam teras iaitu aktiviti kurikulum tambahan dan kokurikulum; kolaborasi antara disiplin; sumber-sumber dalam talian; pembabitan komuniti; kolaborasi industri-akademik dan pembabitan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2017
![Idris sasar graduan universiti awam capai tahap Bahasa Inggeris B2 Idris sasar graduan universiti awam capai tahap Bahasa Inggeris B2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471600965_CertificateScroll.jpg)
Kerajaan mahu sekurang-kurangnya graduan universiti awam boleh mencapai tahap B2 iaitu bertutur dengan fasih supaya mereka boleh berkomunikasi dengan baik. - Gambar hiasan
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
![Idris sasar graduan universiti awam capai tahap Bahasa Inggeris B2 Idris sasar graduan universiti awam capai tahap Bahasa Inggeris B2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471600965_CertificateScroll.jpg)
Idris sasar graduan universiti awam capai tahap Bahasa Inggeris B2
Beliau optimis sasaran itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan Malaysia English Assessment (MEA) yang selaras dengan CEFR sejak sesi akademik September lepas.