KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Idris Jusoh memohon maaf berikutan kekeliruan yang berlaku terhadap FGV Holdings Bhd melibatkan semakan semula elaun.
Jelas beliau, kenaikan elaun sebanyak RM15,000 sebulan itu hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.
Ujar beliau, dalam erti kata lain, perubahan elaun itu tidak memberi sebarang peningkatan dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi FGV.
"Ada juga yang salah faham mengatakan ini adalah merupakan kenaikan elaun Pengerusi Felda. Ini juga berlaku kerana kurang pengamatan sesetengah daripada kita," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
BACA: Kenaikan elaun lembaga pengarah FGV wajar, tak naik sekian lama - Felda
Mengulas lanjut, Idris berkata, peningkatan fi pengarah telah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam dengan peningkatan sebanyak 21 peratus.
"Sebenarnya kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi adalah hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.
"Dahulunya pengerusi sudah dapat elaun kenderaan sebanyak RM15,000. Elaun ini telah ditukar menjadi fi kepada Pengerusi.
"Dengan ini fi Pengerusi FGV telah meningkat sebanyak RM15,000 x 12 = RM180,000 setahun. Dengan erti kata yang lain, tidak ada kenaikan sebenarnya dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi FGV," tambahnya.
Kata Idris lagi, elaun Pengerusi FGV sebanyak RM40,000 sebulan pun adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pengerusi-pengerusi Syarikat Senaraian Awam yang lain, terutamanya syarikat yang bermodal pasaran besar.
Idris menambah FGV juga tidak mengubah elaun pengarah mereka sejak penyenaraian FGV, 10 tahun lalu.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 24 2022
![Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi FGV Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi FGV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645078194_PengarahBesarFELDA.jpg)
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Idris Jusoh memohon maaf berikutan kekeliruan yang berlaku terhadap FGV Holdings Bhd melibatkan semakan semula elaun - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
![Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi FGV Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi FGV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645078194_PengarahBesarFELDA.jpg)
Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi FGV
Idris menambah FGV juga tidak mengubah elaun pengarah mereka sejak penyenaraian FGV, 10 tahun lalu.