PITAS: Polis sudah mengenal pasti mangsa yang didakwa dibaham buaya di perairan Kampung Mapan-Mapan di sini dan mayatnya akan diambil untuk proses bedah siasat.
Mangsa dikenali sebagai Serata berusia 40-an parah di bahagian rusuk kanan akibat diserang haiwan reptilia itu dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, mangsa bersama dua rakannya melakukan aktiviti mencari siput di perairan Kampung Pagason.
"Pada jam 11 pagi hari yang sama, mangsa tiba-tiba diserang buaya dan akibat serangan itu mangsa parah di bahagian rusuk kanan.
"Selepas buaya tidak kelihatan, dua rakan mangsa berjaya membawanya ke jeti Kampung Mapan-Mapan dan didapati sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, maklumat itu diperoleh dan disahkan oleh saksi yang berada di lokasi kejadian termasuk Ketua Kampung Mapan-Mapan.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ahli keluarganya ke Pulau Sibogo, Kudat, dengan menaiki bot sebelum pasukan siasatan tiba di lokasi kejadian.
"Punca kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan.
"Mayat mangsa akan diambil dari Pulau Sibogo untuk dihantar ke Hospital Pitas bagi tujuan bedah siasat, " katanya.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang lelaki Palauh didakwa meninggal dunia akibat dibaham buaya bagaimanapun kejadian itu tidak dapat disahkan apabila ahli keluarga enggan memberi kerjasama.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 10 2022
![Identiti mangsa dibaham buaya dikenal pasti Identiti mangsa dibaham buaya dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646881834_TBbahambuaya.jpg)
Mangsa bersama dua rakannya melakukan aktiviti mencari siput di perairan Kampung Pagason. - Foto Sinar Harian
![Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721719148_tbAedyFadlyRamli.jpg)
Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pelantikan Aedy Fadly Ramli sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.
Tiga suspek kes culik Albertine Leo direman empat hari
Empat suspek kes culik kanak-kanak, Albertine Leo, direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
![7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual 7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721718643_watertap.jpg)
7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
![Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721718322_tbrasuah.jpg)
Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari
Dua penjawat awam direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM10,000.
Dompet ditemukan ada kad pengenalan Nur Farah Kartini
Dua gugus kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik Nur Farah Kartini Abdullah merupakan barang kes yang ditemukan di Sungai Trolak, Batu 4, Perak, pada Isnin.
![Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721717794_Zulfarhanibubapa.jpg)
Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim
"Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati".
![Sultan Nazrin berkenan rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara Sultan Nazrin berkenan rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721711743_SultanPerak.jpg)
Sultan Nazrin berkenan rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara di Tronoh.
AWANI Ringkas: Rusuhan Bangladesh | Pesawat evakuasi Malaysia tiba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Portal baharu JPA dilancar, dibangun tanpa sebarang kos Portal baharu JPA dilancar, dibangun tanpa sebarang kos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721713174_JPA.jpg)
Portal baharu JPA dilancar, dibangun tanpa sebarang kos
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini melancarkan portal baharu yang dinaik taraf menerusi versi terkini 4.3.4 dengan mengadaptasi aspirasi MADANI, The G.R.E.A.T Civil Service dan H.E.M.A.T.
![Rusuhan Bangladesh: Penerbangan bawa pulang 123 rakyat Malaysia selamat berlepas dari Dhaka Rusuhan Bangladesh: Penerbangan bawa pulang 123 rakyat Malaysia selamat berlepas dari Dhaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721701495_AirAsiaflight.jpg)
Rusuhan Bangladesh: Penerbangan bawa pulang 123 rakyat Malaysia selamat berlepas dari Dhaka
Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar selamat berlepas pulang dari Dhaka, Bangladesh menaiki penerbangan khas AirAsia pukul 11.05 pagi waktu tempatan.
![Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661399698_ShamsudinMamat.jpg)
Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah
Seorang pelajar perempuan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, di sini maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, pagi tadi.
![Tangan lelaki menggigil sebelum maut jatuh dalam sungai di Gerik Tangan lelaki menggigil sebelum maut jatuh dalam sungai di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721661016_mautjatuhsungai.jpg)
Tangan lelaki menggigil sebelum maut jatuh dalam sungai di Gerik
Tangan seorang lelaki menggigil sebelum beliau terjatuh ke dalam sungai, dalam satu kejadian berdekatan Jeti Kampung Pulau Belayar di Gerik, semalam.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Julai 2024.
![Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721555057_tbNurFarahKartini.jpg)
Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini
Polis masih lagi menunggu laporan penuh analisis bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
![Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720447381_TBeksiden.jpg)
Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler
Seorang penolong pegawai perubatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans swasta dan treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, hari ini.
![PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720437959_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
![Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720098209_kemalangan.jpg)
Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan
Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar cedera parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4.
![Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719667891_IPDKajang.jpg)
Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia
Seorang pelajar tingkatan satu yang cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia awal pagi Sabtu.