Pelajar di seluruh negara masih tidak mampu atau bersedia langsung untuk berbicara, apalagi bertutur dalam bahasa Inggeris, demikian menurut Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Presiden pengasasnya Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz berkata berdasarkan pemerhatiannya pada acara-acara syarahan di institusi pendidikan termasuk sekolah menengah kerajaan, juga di universiti awam dan swasta, pelajar Malaysia masih tidak begitu yakin berbicara khususnya dalam Inggeris.
"Pada umumnya, bila saya cuba melibatkan penyertaan mereka (pelajar) dalam hal-hal penting, misalnya apa ertinya mewujudkan institusi semak dan imbang dan bagaimana institusi ini harus berfungsi... bukan saja kandungan pengetahuan mereka merisaukan, tetapi juga cara mereka melahirkan pandangan mengenai institusi ini dan konsepnya.
"Inilah masalah yang boleh berlarutan di sepanjang kembara pendidikan seorang warga muda Malaysia.
"Sering identiti politik dalam bentuk polarisasi kaum dan agama boleh menjadikan kembara itu lebih tempang dan perpaduan nasional lebih sukar," katanya pada syarahan makan tengah hari tahunan English Speaking Union of Malaysia (ESU Malaysia) di sini pada Selasa.
Turut hadir pengerusi ESU Malaysia Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Ja'afar dan timbalan pengerusinya Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda.
Tunku Zain Al-'Abidin menegaskan akibat situasi tersebut, "Bahasa Ingggeris menerima kesannya ekoran dasar bahasa yang eksplisit, juga secara tidak langsung akibat impak keputusan dasar dalam bidang-bidang lain".
Katanya, agak memalukan, di sesetengah bilik darjah hari ini, pelajar mempersenda rakan sebaya yang bertutur bahasa Inggeris dengan cekap kerana mereka melihatnya sebagai percubaan rakan mereka untuk muncul lebih hebat atau bersifat elitis.
"Di sesetengah bahagian negara, ia memerIukan 'mindset' baharu sebelum bahasa Inggeris dapat diterima sebagai bahasa untuk memupuk pencapaian insan," kata beliau.
Tunku Zain Al-'Abidin turut menegaskan sebagaimana bercakap dalam bahasa Inggeris itu penting atas sebab-sebab ekonomi dan diplomasi, adalah lebih penting rakyat Malaysia bercakap Inggeris sebagai satu bahasa budaya "dengan kualiti 'sopan' dan 'adat' yang diperhatikan wujud di awalnya oleh pengembara berbahasa Inggeris pada penutur bahasa Melayu di rantau ini".
"Jika ini berlaku, sekalipun ketika wujud suasana geopolitik yang sulit sekarang ini, saya yakin matlamat akan dapat dicapai dengan lebih mudah," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017
TUNKU ZAIN: Inilah masalah yang boleh berlarutan di sepanjang kembara pendidikan seorang warga muda Malaysia. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.