BERIKUT ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 31 Oktober hingga 6 November, 2016.



ISNIN, 31 OKT

MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memperkenalkan caj perkhidmatan penumpang (PSC)
yang baharu dan lebih rendah untuk penerbangan ASEAN.

Foto diambil pada 11 Disember 2014 menunjukkan seorang pelancong sedang melihat papan maklumat di KLIA. - Foto AFP

Kanak-kanak 7 tahun dari Malaysia diundang ke rakaman 'Cake Boss'

Cef pastri terkenal Buddy Valastro meluahkan hasrat untuk menampilkan seorang kanak-kanak dari Malaysia untuk program realitinya di Amerika Syarikat.

Buddy Valastro tersentuh melihat kesungguhan Leah Choy yang berusia tujuh tahun untuk membuat dan menjual cupcake.



SELASA, 1 NOV

Pesawat AirAsia tergelincir di landasan di Kota Bharu


Sebuah pesawat AirAsia jenis Airbus A320 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.25 malam Selasa ketika sebelum berlepas.

Kejadian berlaku ketika pesawat AK6443 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan 'u' di hujung landasan.



RABU, 2 NOV

Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin dahulu

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kecewa dengan pemimpin dahulu yang telah meminda Perlembagaan negara untuk kepentingan diri.

Sultan Ibrahim turut bimbang akan 'virus' perpecahan yang dibawa parti politik baharu dan anggota-anggotanya kini.



KHAMIS, 3 NOV

Peniaga jangan ambil kesempatan beli minyak masak 1kg - KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyeru kepada para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan dengan membeli minyak masak bersubsidi.

Roslan Mahayudin ketika melakukan lawatan pemeriksaan minyak masak di Tesco Bukit Mahkota di Bangi hari ini. - Foto Harith Asyraf Hasnan

Bayi perempuan maut dipercayai akibat didera pengasuh

Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai akibat didera oleh pengasuh dalam kejadian di Kampung Jerai, Kuala Sin Bukit Selambau.

Mangsa meninggal dunia pada 10.20 pagi Isnin lepas (31 Oktober), di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.



JUMAAT, 4 NOV

Dua maut dihempap kren di Klang

Dua mangsa meninggal dunia daripada kecederaan parah apabila kereta yang pandu dihempap sebuah kren.

Kejadian di Persiaran Astana, Klang melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun dan
perempuan warga Indonesia berusia 56 tahun.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala.

Suasana tegang akhiri demonstrasi #BantahAhok

Suasana tegang tercetus di tengah kota raya Jakarta apabila Polis Anti Rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta Perhimpunan Aman Bantah Ahok.

Suasana tegang tercetus di tengah kota raya Jakarta apabila Polis Anti Rusuhan Indonesia melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta Perhimpunan Aman Bantah Ahok. - Foto AP



SABTU, 5 NOV

Jack Ma teruja dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kerajaan Malaysia

Pengasas Alibaba, Jack Ma yang baharu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, amat teruja dengan tugas yang diberikan kepada beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma (kanan) pada Jumaat. - Foto BERNAMA



AHAD, 6 NOV

Bayar sekali, makan sampai kenyang

Itulah konsep berniaga sambil beramal yang diperkenalkan seorang usahawan di Terengganu bagi memberi peluang kepada keluarga besar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah sambil berjimat.

Di kedai Layan Sampai Kenyang, setiap juadah seperti cendol, pasembor, laksa dan nasi goreng ikan rebus boleh dinikmati pada harga antara RM2 hingga RM5.