BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 12 hingga 18 September 2016.

Antara tajuk utama minggu lalu termasuk serpihan dijumpai di Tanzania sah milik MH370, apa anda perlu tahu tentang atlet paralimpik Ridzuan Puzi, letupan kuat menggegarkan Manhattan, dan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din meninggal dunia.




ISNIN, 12 SEPTEMBER

Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ridzuan Puzi


Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik.

Dalam acara acara 100m T36 (celebral palsy) yang berlangsung di Rio, Brazil Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah (12.54s).

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik.



SELASA, 13 SEPTEMBER

Empat pelari Paralimpik acara 1500m atasi pemenang emas Olimpik

Para pemenang Paralimpik bagi acara larian 1,500 meter kategori lelaki mencatat masa yang lebih pantas daripada pemenang Sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro pada bulan lepas.

Ia sebahagian daripada acara dalam kategori T13, yang diklasifikasikan untuk atlet paralimpik dengan masalah penglihatan.




RABU, 14 SEPTEMBER

Indonesia teruskan bina 'tembok laut raksasa' untuk selamatkan Jakarta


Indonesia akan meneruskan usaha penambakan tanah yang akan membantu mengelakkan Jakarta daripada berada di bawah paras laut, kata menteri Kabinet republik itu, lima bulan selepas projek itu tertangguh berikutan isu peraturan dan alam sekitar.

Kanak-kanak dilihat bermain di kawasan projek yang dibina untuk menghalang kemasukan air laut yang menjadi sebahagian daripada projek infrastruktur mega di utara Jakarta. - Foto AFP


Paralimpik Rio: Juri tolak rayuan Malaysia, Siti Noor Iasah terlepas pingat

Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin terlepas peluang meraih pingat gangsa acara 400m T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

 Keputusan acara itu terpaksa ditentukan melalui 'photo finish' dan juri memberikan pingat gangsa kepada Niewiedzial.




KHAMIS, 15 SEPTEMBER

Serpihan dijumpai di Tanzania sah milik MH370

Kementerian Pengangkutan memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania sebelum ini adalah milik pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang pada 2014.

Perkara terbabit disahkan selepas penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), menurut kementerian itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Serpihan itu dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun lalu.



JUMAAT, 16 SEPTEMBER

Dr Haron Din meninggal dunia

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meninggal dunia di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.

Pemergian Haron Din disifatkan satu kehilangan besar bukan sahaja buat PAS, tetapi seluruh umat Islam di Malaysia.




SABTU, 17 SEPTEMBER

Rakyat Malaysia bermalam di Lapangan Terbang Changi selama 18 hari

Seorang lelaki warga Malaysia bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk tempoh hampir tiga minggu.

Menurut laporan The Straits Times, Raejali Buntut, 33, bermalam di tempat menunggu lapangan terbang berkenaan selama 18 hari bermula 21 Ogos hingga Rabu lepas setelah terlepas penerbangan.


Lelaki itu bertindak memalsukan 31 tiket pesawat elektronik untuk memasuki beberapa ruangan menunggu di tiga terminal. - Gambar hiasan / BERNAMA




AHAD, 18 SEPTEMBER

Letupan kuat gegarkan Manhattan, mangsa cedera digegas ke hospital

Satu letupan kuat menggegarkan kejiranan Chelsea, Manhattan pada Sabtu malam, mencetuskan situasi panik hinggakan pasukan polis dan bomba dikerah untuk berkawal di tempat kejadian.

Keadaan di lokasi kejadian, dengan orang ramai yang masih terpinga-pinga dengan kehadiran pasukan keselamatan. - Foto Twitter New York City Alerts.