BAU:Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin bakal menjadi kawalan sempadan bagi aktiviti perdagangan antara negeri Sarawak dan Kalimantan Indonesia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.
Katanya, menerusi ICQS itu nanti ia dapat memperketatkan pergerakan kemasukan para pedagang dari negara jiran (Kalimantan Indonesia) secara sah yang berdagang di Bazar Sempadan Serikin.
“Pos ICQS itu penting kerana kita mahu pastikan barangan yang dibawa masuk oleh para peniaga dari sempadan itu ke negeri kita secara sah dan jumlah yang terkawal.
“Malah, apabila siap nanti kita mahukan penggunaan sistem yang teratur serta ketat seperti pengawalan dari pihak imigresen dan kastam agar para peniaga ini dapat masuk secara sah bukan sahaja dari dokumen perjalanan tetapi barangan yang telah dibenarkan oleh pihak penguatkuasaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI di Pejabatnya di Pekan Bau pada Sabtu.
Pada Mac lalu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melakukan lawatan ke Sempadan Sarawak - Serikin, dan hasil lawatan tersebut beliau meluluskan pembinaan Kompleks ICQS berhampiran sempadan berkenaan, iaitu empat kilometer dari Kampung Serikin.
Tambahnya lagi, transaksi perdagangan antara Sarawak dan Kalimantan Indonesia akan mejadi lebih teratur.
“Sudah pasti apabila kemasukan para peniaga ke negeri ini akan memberikan hasil pendapatan kepada negeri ini apabila mereka membayar cukai membawa masuk barangan untuk dijual secara sah.
“Oleh itu, terbukti pembinaan ICQS Serikin ini bakal memberikan manfaat kepada dua pihak di antara peniaga yang mendapat hasil jualan dari penduduk tempatan dan Sarawak cukai barangan,” tegasnya.
Lynch Cowan
Sat Oct 17 2020
Pembinaan ICQS Serikin bakal menjadi kawalan sempadan bagi aktiviti perdagangan antara negeri Sarawak dan Kalimantan Indonesia. - Foto fail Bernama
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
ICQS Serikin hab kawalan sempadan aktiviti perdagangan Sarawak-Kalimantan
Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin bakal menjadi kawalan sempadan bagi aktiviti perdagangan antara negeri Sarawak dan Kalimantan Indonesia.