Urus tadbir kerajaan yang baik serta kestabilan menjadi teras kepada sesebuah negara untuk mencapai status negara membangun, kata perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi video pembukaan pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ke-3 (ICEA 2019), Perdana Menteri berkongsi pengalaman beliau dalam mencorak pembangunan fizikal serta ekonomi Malaysia.
“Saya percaya, saya mempunyai pengalaman dalam membangunkan sebuah negara daripada berstatus negara membangun kepada sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi.
“Saya percaya, semua negara mampu untuk melakukan ini menerusi sistem kerajaan yang baik. Apa yang penting dalam menambahbaik ekonomi sesebuah negara adalah menerusi kestabilan dan urus tadbir yang baik.
“Jika ia dapat dilaksanakan, maka perkara yang lain akan berjalan lancar,” katanya menerusi video berdurasi 40 saat itu.
Video tersebut ditayang di hadapan Ketua-ketua Negara Afrika, delegasi serta lebih 1,000 peserta yang hadir pada pembukaan persidangan yang disempurnakan Presiden Senegal, Macky Sall di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio di sini pada Khamis.
Pada persidangan ini, Dr Mahathir berkongsi pentas bersama beberapa pemimpin negara Afrika bagi Diskusi Panel Peringkat Tertinggi serta tiga sesi dialog.
Antara pemimpin negara Afrika yang bakal sepentas dengan Dr Mahathir adalah Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita; Presiden Senegal, Macky Sall dan Perdana Menteri Ivory Coast, Amadou Gon Coulibaly.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 17 2019
![ICEA 2019: Dr Mahathir kongsi 2 teras kejayaan Malaysia ICEA 2019: Dr Mahathir kongsi 2 teras kejayaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547724656_TUNM.jpg)
Pada persidangan ini, Dr Mahathir berkongsi pentas bersama beberapa pemimpin negara Afrika bagi Diskusi Panel Peringkat Tertinggi serta tiga sesi dialog. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Malaysia jadi model kepada negara Afrika' 'Malaysia jadi model kepada negara Afrika'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547762145_TUNM.jpg)
'Malaysia jadi model kepada negara Afrika'
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, pemimpin-pemimpin Afrika turut menzahirkan hasrat untuk mengembangkan ekonomi menerusi perdagangan serta pemasaran produk-produk mereka.
![ICEA 2019: Dr Mahathir kongsi 2 teras kejayaan Malaysia ICEA 2019: Dr Mahathir kongsi 2 teras kejayaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547724656_TUNM.jpg)
ICEA 2019: Dr Mahathir kongsi 2 teras kejayaan Malaysia
Urus tadbir kerajaan yang baik serta kestabilan menjadi teras kepada sesebuah negara untuk mencapai status negara membangun, kata perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.