Kegembiraan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha dua beradik bersama ayah, ibu tiri dan ibu saudara di Kampung Brisu, Alor Gajah bertukar tragedi apabila kelima-lima mereka maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) berhampiran Jelatang, Alor Gajah malam tadi.
Ibu kepada dua remaja itu, Rosziati Muktar berkata dua anaknya, Alia Azahar, 17, dan Alissa Azahar, 15, seakan memberi petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya apabila mula menunjukkan kelakuan luar biasa sejak kebelakangan itu.
Antaranya, mereka kerap ingin mencium tangan ibu mereka serta sering kali memuat naik status di aplikasi WhatsApp berhubung keinginan untuk bermandi-manda.
Ujar perunding kecantikan berusia 36 tahun itu, dia sudah merancang untuk membawa dua anak kesayangannya itu ke taman tema air di Batu Pahat, namun terpaksa membatalkan hasrat itu selepas bapa mereka yang menetap di Perak ingin mengambil dua remaja berkenaan.
"Dia cakap sentiasa update status dekat WhatsApp yang dia teringin nak mandi kat Wet World Batu Pahat, mandi-mandi, sebab itulah saya adjust cuti untuk bawa mereka pergi Selasa ini."
Kata Rosziati, dia menerima panggilan daripada polis sekitar 10.30 malam tadi sejurus pulang dari tempat kerja.
Katanya lagi, pada awalnya dia menyangka anak-anaknya hanya mengalami kecederaan sebelum dihubungi semula polis yang memaklumkan anak-anak serta bekas suaminya maut.
Ujar Rosziati, kali terakhir mereka berhubung dengannya ialah sekitar 6.30 petang Jumaat yang memaklumkan mereka singgah makan di Muar selepas diambil oleh bekas suaminya sekitar 3.30 petang.
Katanya, dia difahamkan, dua anaknya bersama bekas suami dan isteri yang baharu dikahwini serta kakaknya yang tinggal sebatang kara akan menyambut Aidil Adha di kampung halaman suaminya di Alor Gajah.
Terdahulu dalam kejadian sekitar 9.40 malam itu, dua beradik berkenaan disahkan maut selepas kenderaan dipandu bapa mereka, Azahar Ahmad, 57, dirempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.
Turut terkorban ibu tiri Halimahtun Aris Padzil, 24, dan ibu saudara Habibah Ahmad, 62, yang menaiki kenderaan sama.
BACA: Enam termasuk lima sekeluarga maut kenderaan bertembung
Shuhada Abdul Kadir
Sat Aug 10 2019

Rosziati berkata telatah dua anaknya seakan memberi petanda mereka akan pergi buat selamanya. -Astro AWANI

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.
AWANI Ringkas: Kematian ahli panel kastam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.
Umno tiada kaitan dengan penemuan wang, jongkong emas
UMNO Tidak Mempunyai Sebarang Kaitan Dengan Penemuan Sejumlah Besar Wang Tunai Dan Jongkong Emas Di Rumah Individu Yang Terkait Dengan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perbelanjaan selenggara Jalan Persekutuan 22 RM 7.71 juta dari 2023 hingga 2025
Pecahan perbelanjaan bagi Jalan Persekutuan di Daerah Sandakan adalah termasuk kerja-kerja pavemen, pemotongan rumput, penyelenggaraan bahu jalan, perabot jalan, jambatan dan longkang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja rutin sentiasa berjalan mengikut skop kontrak yang telah ditetapkan yang mana bagi tahun 2023 hingga 2025, kerja rutin adalah berjumlah RM 7.71 juta.
Penguat kuasa diugut tauke sindiket e-waste
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ada pegawai yang menjalankan tindakan penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste) di negara ini diperas ugut.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon

Ibu tidak sangka telatah anak petanda mereka akan pergi buat selamanya
Pada awalnya dia menyangka anak-anaknya hanya mengalami kecederaan sebelum dihubungi semula polis yang memaklumkan anak-anak serta bekas suaminya maut.