Subarah Jili, ibu Allahyarham Razakan B Seran, tidak menyangka anaknya turut terlibat dalam nahas helikopter petang semalam yang mengorbankan enam orang, termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Subarah, 69, berkata dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah diberitahu oleh adik beradik Razakan yang lain.
Sedih dengan pemergian Razakan, 31, yang bertugas sebagai pengawal peribadi Jamaluddin, Subarah berkata dia sebelum ini pernah merasai 'sesuatu' tetapi tidak mengetahui apakah 'alamat' di sebalik perasaan itu.
Bagaimanapun, Subarah yang menyifatkan Allahyarham Razakan sebagai anak prihatin dan bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga, pasrah menerima ketentuan Ilahi.
"Allahyarham seorang anak yang bertanggungjawab. Sentiasa mengambil tahu tentang keperluan keluarga. Beliau kerap menghubungi kami di kampung untuk mengetahui perkembangan kami di sini," katanya dengan nada sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Saradan Laut, di sini hari ini.
Nahas yang berlaku kira-kira 4.55 petang semalam turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi helikopter, Aidana Baizieva, dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.
Subarah berkata kali terakhir dia bertemu dengan Razakan adalah pada Disember tahun lepas ketika anak keempat daripada lima beradik itu bercuti di kampung.
Katanya walaupun berperwatakan tegas, namun Allahyarham anaknya itu seorang yang peramah dan masih manja dengannya.
"Kalau balik ke kampung, Allahyarham akan menghabiskan masa cutinya di rumah. Dia juga selalu meletakkan kepalanya di atas ribaan saya. Dia memang seorang yang manja walaupun sudah punya dua orang anak," katanya.
Sementara itu, sepupu rapat Allahyarham Razakan, Rusman Podiman menerima mesej terakhir daripada Allahyarham yang memberitahu bahawa beliau akan menaiki helikopter untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Rusman, 33, sepupu paling rapat dengan Allahyarham, berkata mesej tersebut diterima menerusi laman sosial whatsapp yang tertulis "Saya naik heli, pulang KL."
Rusman, bagaimanapun, tidak menyangka bahawa sepupunya itu merupakan antara enam mangsa terkorban dalam helikopter yang terhempas di Semenyih, kira-kira 4.55 petang semalam.
"Memang saya ada mendengar kejadian itu menerusi laporan berita. Pada awalnya saya tidak merasakan apa-apa, tetapi dalam masa sama berdoa semoga Allahyarham bukan berada di dalam helikopter terbabit.
"Bagaimanapun, perasaan saya itu meleset apabila mendengar bahawa antara yang terkorban di dalam helikopter itu ialah Tan Sri Jamaluddin Jarjis kerana Allahyarham merupakan pegawal peribadi Tan Sri," katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarga Allahyarham di sini.
Rusman berkata beliau ada mencuba menghubungi Allahyarham untuk mengetahui keadaan sepupunya itu tetapi gagal sehinggalah laporan mengesahkan bahawa Allahyarham antara enam orang yang terkorban.
Rusman berkata Allahyarham Razakan yang biasa disapa Jikan itu adalah seorang anak yang sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga selain memastikan kebajikan ibu tersayang sentiasa dipenuhi.
"Allahyarham adalah harapan keluarga dan ibunya," luahnya dengan nada sebak.
Rusman juga berkata Allahyarham pernah mengingatkan beliau supaya mula mengumpul sumbangan wang untuk mengadakan pertandingan berbentuk kerohanian seperti nasyid dan hafazan bagi memeriahkan sambutan hari raya di kampung.
"Memang tiap tahun kami akan mengadakan acara seperti itu. Ini juga antara mesej terakhir Allahyarham, beliau ada cakap kutip derma untuk sumbangan," katanya.
Adik bongsu Allahyarham Razakan, Hamisah Seran, berkata abangnya itu seorang yang tegas tetapi peramah, dan sentiasa bagi mengambil tahu keadaan keluarga di kampung terutama ibunya.
"Dia juga sangat berahsia terutama dalam soal kerja," katanya.
Bernama
Sun Apr 05 2015
Subarah berkata dia sebelum ini pernah merasai 'sesuatu' tetapi tidak mengetahui apakah 'alamat' di sebaliknya. -Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Helikopter Semenyih: Polis siasat status kewangan juruterbang - Noor Rashid
Siasatan polis berhubung kes helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April lepas, turut menjurus kepada kedudukan kewangan juruterbangnya.
Nahas helikopter: Identiti mangsa keenam warga Kyrgyzstan akhirnya terjawab
Persoalan yang menyelubungi identiti warga Kyrgyzstan, Aidana Baizieva yang merupakan antara enam yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih akhirnya terjawab.
Jasad juruterbang nahas helikopter Semenyih dituntut keluarga
Jasad juruterbang Amerika Kapten Clifford William Fournier yang merupakan antara enam yang maut dalam kemalangan helikopter Semenyih pada Sabtu lepas telah dituntut.
Nahas helikopter: Mayat dua mangsa masih belum dituntut
Sehingga jam 6 petang hari ini, pihak pengurusan HKL belum menerima laporan tentang kehadiran waris terdekat mangsa bagi menjalankan proses pengecaman dan penuntutan mayat.
Ibu tidak sangka Razakan berada di dalam helikopter
Sedih dengan pemergian Razakan yang bertugas sebagai pengawal peribadi Jamaluddin, Subarah berkata dia sebelum ini pernah merasai 'sesuatu' tetapi tidak mengetahui apakah 'alamat' di sebaliknya.
Empat mayat mangsa korban nahas helikopter dituntut keluarga
Empat mayat daripada enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam dituntut anggota keluarga masing-masing hari ini.
Daftar penerbangan helikopter yang terhempas
Berikut ialah daftar penerbangan helikopter yang terhempas di Semenyih, Selangor, pada Sabtu. Senarai ini dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.