Ibu pejabat Umno setakat malam ini masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai peletakan jawatan 14 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan sekiranya laporan itu diterima.
"Setakat ini kita masih belum terima, kita akan tengok perkembangan dalam sehari dua ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini, malam ini.
Kesemua 14 daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno bahagian itu dilaporkan hari ini mengambil keputusan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan yang berlangsung Sabtu lepas.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh hari ini dilaporkan berkata, Umno bahagian itu akan menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat perwakilan khas Wanita Umno Bahagian ekoran perkembangan tersebut.
"Mengikut Fasal 12.11 Peraturan Pergerakan Wanita Umno, Wanita Umno di peringkat bahagian boleh mengadakan mesyuarat perwakilan khas, jika dua pertiga atau lebih anggotanya bertindak meletak jawatan mereka," kata Abdul Ghapur.
Bernama
Thu Oct 17 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Ibu Pejabat belum terima laporan letak jawatan AJK Wanita UMNO Kalabakan
Ibu pejabat Umno setakat malam ini masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai peletakan jawatan 14 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan.