KOTA BHARU: Seorang ibu muda yang positif COVID-19 selamat melahirkan sepasang bayi kembar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Ahad.
Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, bayi lelaki seberat 2.45 kilogram (kg) dan perempuan 2.1kg itu lahir secara pembedahan pada jam 12.39 tengah hari.
Beliau berkata, ibu berusia 20-an berkenaan dari Kota Bharu terlebih dahulu disahkan positif dan dimasukkan ke wad pesakit Covid-19 di hospital tersebut sebelum melahirkan bayi kembar berkenaan.
“Wanita itu dimasukkan ke wad kerana positif COVID-19 sebelum bersalin dan selamat melahirkan pasangan bayi kembar lelaki dan perempuan pada Ahad.
“Keadaan ibu masih berada di wad COVID-19 bagaimanapun stabil, manakala kedua-dua bayi diisolasi bagi memantau keadaan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di HRPZ II di sini pada Isnin.
Beliau berkata, ujian saringan COVID-19 sudah dilakukan terhadap bayi-bayi berkenaan dan masih menunggu keputusan sama ada positif atau negatif COVID-19.
“Keadaan dua beradik itu dipantau oleh pihak hospital secara rapi dan mengharapkan keputusan saringan yang baik diperoleh.
“Setiap ibu mengandung yang disahkan COVID-19 akan dimasukkan ke wad di HRPZ II bagi memantau keadaan mereka dan kandungan sehingga bersalin,” katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Ibu muda dijangkiti COVID-19 selamat lahirkan bayi kembar
Sinar Harian
Tue May 25 2021
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Polis tahan lelaki warga China disyaki curi dalam pesawat
Suspek berusia 54 tahun itu juga disyaki adalah ahli sindiket berkait tiga lelaki lain yang diberkas berhubung kes kecurian dalam pesawat pada hujung tahun lalu.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kotak hitam Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum insiden
: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan maklumkan, kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan 179 orang Disember lalu, dilaporkan berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu berlaku.
Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan
Kenyataan White House maklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini.
Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Menggali fosil dinosaur: Kisah pengembaraan Rummy, ahli paleontologi dari Malaysia
Dia individu sebenar yang tidak kisah mengotorkan tangannya, berjemur di bawah terik mentari demi mencari makhluk yang telah dilupakan ini.
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.