Mangsa Nuli Sulang, 27 tahun dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Anak mangsa yang berusia sembilan tahun dilaporkan selamat dalam kejadian yang berlaku awal hari ini.
Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan, Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, kedua-dua anak beranak itu sedang dalam perjalanan ke pekan Mukah.
"Semasa melalui lokasi kejadian, kereta dipandu Nuli hilang kawalan dan masuk ke kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung," katanya.
Nuli disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi nahas manakala anaknya mengalami kecederaan ringan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.