“Saya hampir pengsan lihat akaun bank Aaira ada RM120,000,” kata Siti Zubaidah Abd Jalil 41 ibu kepada Siti Nur Aaira Ameera Mohd Mamdoh, 6 bulan yang mengalami penyakit kegagalan hati (billary atresia).
Jelasnya, dia seakan tidak percaya melihat jumlah wang yang begitu banyak terkumpul dalam akaun Aaira dalam tempoh seminggu selepas kisahnya tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar Sinar Harian.
Siti Zubaidah yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Kelapa cukup terharu dengan keprihatinan orang ramai yang menghulurkan sumbangan untuk membantu Aaira menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China.
“Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu balas jasa insan-insan yang memberikan sumbangan kepada Aaira.
“Sejak hari pertama kisah Aaira dipaparkan di media sosial, sudah ramai yang telefon dan hantar pesanan WhatApps kepada saya untuk bertanya khabar Aaira.
“Betapa prihatin rakyat Malaysia mahu membantu Aaira membuatkan saya menangis. Hari pertama sahaja RM2, 800 terkumpul dalam akuan Aaira dan sekarang sudah RM120,000,” katanya.
Jelasnya dan suami, Mohd Mamdoh Isa, 45, yakin kos rawatan sebanyak RM250,000 yang diperlukan bagi rawatan anak bongsu dari lima beradik itu akan mencukupi sebelum mereka dijangka berlepas ke China pada akhir April nanti.
“Kami perlu segera ke China sebab doktor beritahu seeloknya pembedahan pemindahan hati dilakukan sebelum Aaira berusia setahun.
“Sekarang ini Aaira berusia 6 bulan jadi kami cuma ada masa 6 bulan untuk Aaira buat pembedahan di China,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penderma hati Aaira, Zubaidah memberitahu doktor menyarankan supaya keluarga terdekat dapat menjadi penderma sekiranya dia dan suami tidak dapat menderma hati kepada Aaira.
“Nyawa sendiri pun saya sanggup bagi kepada anak saya itu. Pada 27 Mac ini saya dan suami akan menjalani pemeriksaan bagi penderma hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM).
“Ayah dan ibu saya, Abdul Jalil Abdul Moin, 62 dan Fauziah Abu, 61 juga menyatakan kesediaan untuk membantu menderma hati mereka,” katanya.
Keadaan Aaira yang kerap merengek membuatkan Siti Zubaidah begitu risau dengan keadaan anaknya tambahan pula waktu tidur anak kecil itu begitu singkat tidak seperti kanak-kanak lain.
“Aaira bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas yang hanya boleh dibeli di farmasi di Johor Bahru.
“Berat badannya kini hanya 4.9 kg sahaja di mana dia bergantung sepenuhnya kepada susu formula 400 gram berharga RM70 yang mampu bertahan selama 2 hari sahaja,” katanya.
Siti Nur Aaira dilahirkan normal pada 18 Ogos tahun lalu dikesan menghidap penyakit hati selepas demam kuning (juandis) berpanjangan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan menerusi akuan CIMB Siti Nur Aaira Ameera Mohd Mamdoh, 7624 05481
Sinar Harian
Fri Mar 02 2018

Siti Nur Aaira Ameera masih mengharapkan bantuan orang ramai bagi membolehkannya melakukan pemindahan hati di China.-Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ibu hampir pengsan tengok jumlah sumbangan orang ramai
Siti Zubaidah hampir pengsan lihat RM120,000 dalam akaun bank Aaira hanya dalam tempoh seminggu.