Ibu bapa kepada kanak-kanak yang kehilangan sebahagian kakinya akibat tersepit pada esklator menasihati ibu bapa lain agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka ketika menggunakan eskalator.

Nasaruddin Idris, 40, bapa kepada Dzil Mikhail, 4, yang kehilangan sebahagian kaki kirinya dalam kejadian di KL Sentral pada Isnin lalu, berkata ibu bapa tidak boleh memandang ringan ketika anak-anak mereka menaiki eskalator.

Menceritakan detik malang itu, ibu kepada kanak-kanak tersebut Nahzatulsyima Mustaffa, 31, berkata kejadian itu berlaku sangat pantas.

"Saya sangka hanya seluar Mika (nama panggilan anaknya) yang tersangkut, tetapi bila lihat kaki dia yang tersangkut, saya lalu menjerit memanggil suami saya," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat.

Nahzatulsyima berkata suaminya yang ketika itu berada tidak jauh dari situ segera datang dan menarik anaknya dari eskalator yang masih bergerak.

BACA: Fomca cadang tubuh agensi khas keselamatan eskalator

BACA: Pengurusan kompleks beli-belah perlu lebih prihatin

Cara-cara guna ekskalator dengan betul dan selamat