Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang suri rumah berhubung proses mempercepatkan giliran ibadah haji yang tidak wujud.
Hidayatul Akmal Yusoff, 28, didakwa memperdayakan Siti Dara Darman, 52, sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM9,500 kepadanya bagi proses mempercepatkan giliran ibadah haji bagi tahun 2016 yang tidak wujud.
Tindakan itu telah menyebabkan mangsa menyerahkan sejumlah wang tersebut di mana mangsa tidak akan melakukan sedemikian sekiranya tidak diperdaya oleh tertuduh.
Ibu dua anak itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di premis Tabung Haji cawangan Kelana Jaya, di sini pada 21 Sept tahun lalu mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abd Rahman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.
Tertuduh yang diwakili peguam Keshreena Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan dia mempunyai dua anak yang masih kecil dan seorang daripadanya menghidap penyakit jantung berlubang.
Majistret Salamiah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Feb untuk sebutan semula kes. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017
Ibu dua anak itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di premis Tabung Haji cawangan Kelana Jaya, di sini pada 21 Sept tahun lalu. - Gambar hiasan
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan terpedaya tawaran dana haji melalui telefon - TH
TH juga tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.
Ibu dua anak didakwa tipu proses percepat giliran haji
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang suri rumah berhubung proses mempercepatkan giliran ibadah haji yang tidak wujud.