JOHOR BAHRU: Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lepas.
Lu Yon Moi, 65; Tin Chee Keng, 42, dan Nurul Hasanah, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini. Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Berdasarkan pertuduhan pertama, ketiga-tiga mereka secara bersama telah memperdagangkan seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun bagi maksud eksploitasi seks dengan cara perdayaan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Baru Masai, Pasir Gudang pada 9 malam antara 17 hingga 20 Mac lepas.
Ketiga-tiga mereka turut dituduh melakukan perbuatan sama ke atas seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di sebuah kedai urut dalam kawasan Seri Alam di sini pada 3 petang, antara14 hingga 19 Mac lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R Kodesviary memohon jaminan ditetapkan RM30,000 setiap seorang, namun ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam Baharudin Baharim memohon jaminan minimum.
Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan dua penjamin untuk Lu dan Tin manakala Nurul Hasanah dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin.
Mereka juga diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan 8 Mei ditetapkan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024

Berdasarkan pertuduhan pertama, ketiga-tiga mereka secara bersama telah memperdagangkan seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun bagi maksud eksploitasi seks dengan cara perdayaan. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibu dan anak antara didakwa eksploitasi wanita untuk seks
Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dituduh memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks.