Ibu bapa tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini yang hilang sejak 23 Ogos lepas, diberi kaunseling supaya fikiran mereka tidak tertekan dengan kehilangan anak masing-masing.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pelbagai pihak datang memberi kaunseling kerana sebelum ini mereka kelihatan termenung kerana risau dengan keselamatan anak-anak mereka.
"Selepas diberi kaunseling secara berulang kali, mereka kembali tenang dan semakin menerima keadaan itu," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat operasi mencari murid-murid terbabit oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah di Bilik Operasi Pos Tohoi di sini, hari
ini.
Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.
Ahmad Jazlan berkata kementeriannya memberi perhatian serius terhadap insiden itu dan mengharapkan semua mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.
Ahmad Jazlan turut meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan pembohongan yang dibuat melalui media sosial terhadap kejadian itu dan pasukan mencari.
Katanya operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Relawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Sementara itu, Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Hasnan Hassan yakin dengan penyertaan banyak anggota daripada pelbagai agensi kerajaan dan penduduk Orang Asli dalam operasi mencari itu akan menemui murid-murid terbabit.
"Kita menghulurkan banyak bantuan makanan sama ada untuk anggota pasukan mencari mahupun keluarga murid terbabit dan kita tidak akan mengabaikan tanggungjawab itu selagi murid-murid berkenaan tidak dijumpai," katanya yang turut hadir mengiringi lawatan Ahmad Jazlan.
Beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menyalahkan pihaknya dengan menuduh disebabkan kelemahan jabatan itu kejadian berkenaan berlaku.
Katanya JAKOA tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini.
Bernama
Sun Sep 06 2015
![Ibu bapa tujuh murid Orang Asli yang hilang diberi kaunseling - Ahmad Jazlan Ibu bapa tujuh murid Orang Asli yang hilang diberi kaunseling - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441104686_orangasli.jpg)
Ibu bapa tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi diberi kaunseling supaya fikiran mereka tidak tertekan. - Gambar Fail
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717859809_TBJAZLAN.jpg)
MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.
![Fasa satu kompleks ternakan ayam Felcra siap sepenuhnya Februari depan Fasa satu kompleks ternakan ayam Felcra siap sepenuhnya Februari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698390094_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Fasa satu kompleks ternakan ayam Felcra siap sepenuhnya Februari depan
Fasa satu projek kompleks ternakan ayam pedaging berskala besar secara sistem tertutup di Tanjung Seratus di sini, yang meliputi 10 reban dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.
![PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691211830_DATUKAHMADJAZLAN.jpg)
PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan
Hapus tunggakan bil air, turun cukai tanah antara manifesto BN-PH Kelantan
![Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679174853_DATUKAHMADJAZLAN.jpg)
Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan
Pelan tersebut akan merangkumi beberapa aspek seperti keterjaminan makanan, urus niaga berkaitan Felcra dan tadbir urus.
![Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671611900_JazlanYaakub.jpg)
Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra
Pelantikan itu bermula 1 Mac lalu dan mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668497380_AhmadJazlanYaakub.jpg)
PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.
![PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668876752_WanAhmadFayhsalda.jpg)
PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang
Wan Ahmad Fayhsal menewaskan penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
![PRU15: Ketua bahagian UMNO tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN - Ahmad Jazlan PRU15: Ketua bahagian UMNO tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667549996_AhmadJazlanYaakub.jpg)
PRU15: Ketua bahagian UMNO tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN - Ahmad Jazlan
Antara calon baharu berkenaan adalah bagi Parlimen Tumpat, Rantau Panjang, Kuala Krai, Kota Bharu, Ketereh dan Pengkalan Chepa.
![Che Lah sah calon BN di Tumpat Che Lah sah calon BN di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625720854_DatukCheAbdullahM.jpg)
Che Lah sah calon BN di Tumpat
Ahmad Jazlan juga memaklumkan, Che Abdullah akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Tumpat menggunakan lambang BN.