Ibu bapa kepada pelajar Malaysia yang dilapor hilang di Paris sebelum ini Nur Shakinah Naim, 19, mahu bertemu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan status pengajiannya.
Bapanya Naim Awang, 46, berkata pertemuan dengan penaja anaknya itu juga bertujuan mencari universiti tempatan yang sesuai untuk anaknya bagi meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.
"Alhamdulillah kami selamat sampai bersama Nur Shakinah ke tanah air, namun buat masa ini dia tinggal di rumah saudara kami buat sementara waktu bagi memberi ruang kepadanya untuk menenangkan fikiran," katanya kepada Bernama.
Naim dan isterinya Nor Halizah Ahmad, 43, kembali ke Malaysia pada Jumaat lalu setelah hampir seminggu berada di Paris untuk bertemu dan membawa Nur Shakinah pulang.
Kehilangan pelajar itu sejak 23 Sept lepas dilaporkan oleh teman serumahnya, bagaimanapun dia ditemui selamat pada 29 Sept lalu.
Difahamkan Nur Shakinah menghilangkan diri kerana tertekan dengan pengajiannya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula jaya, Takim Batu, Kedah ini melanjutkan pengajian ke Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Perancis atas tajaan JPA.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebelum ini dilapor sebagai bersedia untuk menawarkan tempat kepada Nur Shakinah.
Bernama
Tue Oct 11 2016
Nur Shakinah Naim (dalam skrin) pernah dilaporkan hilang dari kediamannya di Perancis September lalu. - Gambar fail
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Ibu bapa Nur Shakinah mahu jumpa JPA bincang status pengajiannya
Pertemuan dengan penaja itu juga bertujuan mencari universiti tempatan yang sesuai untuk anaknya meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.