BAGAN SERAI: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyeru ibu bapa supaya mendapatkan vaksin COVID-19 kepada anak-anak mereka bagi melindungi golongan itu dari komplikasi Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem Dalam Kanak-kanak (MIS-C).
Beliau yang bimbang dengan sikap ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan vaksin tersebut, berkata kanak-kanak mudah terdedah kepada gejala MIS-C sekiranya dijangkiti virus COVID-19.
"Ketika ini kemasukan ke hospital untuk kanak-kanak sudah meningkat. Begitu juga di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah meningkat dan memang kita agak bimbang dengan perkara yang berlaku ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pelancongan Domestik, Mukim Gunung Semanggol di Dataran Kampung Padang Lalang hari ini.
Dr Noor Azmi berkata peratusan kanak-kanak yang mengalami reaksi anafilaksis (alergi) selepas mendapat suntikan vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech (Pfizer) dan Sinovac juga dilaporkan amat rendah.
Menurutnya sebanyak 34.9 peratus kanak-kanak di seluruh negara telah divaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) sejak 3 Feb hingga semalam.
"Janganlah kita dengar berita palsu tetapi dengar berita rasmi daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan saya menyeru kepada ibu bapa, berilah vaksin untuk melindungi anak-anak kita," katanya.
Menurutnya Dr Noor Azmi sebanyak 412 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka dengan proses yang mudah tanpa perlu janji temu dan ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka mendapatkan suntikan secara jumpa terus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyeru ibu bapa supaya mendapatkan vaksin COVID-19 kepada anak-anak mereka bagi melindungi golongan itu dari komplikasi Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem Dalam Kanak-kanak (MIS-C). - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PRU15: Pas mahu kerusi Parlimen Bagan Serai?
Bagaimana pula dengan nasib penyandang kerusi, Dr Noor Azmi Ghazali dari Bersatu?

COVID-19: Peningkatan kes, rakyat tidak perlu bimbang - Dr Noor Azmi
Orang ramai tidak perlu bimbang dengan sedikit peningkatan kes positif COVID-19 sejak seminggu lalu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tiada lagi saman tak pakai pelitup muka di tempat awam - KKM
Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.

Keputusan penggunaan pelitup muka diumum dalam masa terdekat - Dr Noor Azmi
KKM kini di peringkat akhir perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad.

KKM halusi kerjasama dengan negara pengeluar bekalan bahan aktif farmaseutikal
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu kerangka bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama bekalan bahan aktif farmaseutikal (API) iaitu India dan China.

Hospital sesak, KKM tidak sewenang-wenang biar pesakit menunggu lama - Timb. Menteri
Lazimnya kesesakan di hospital kerajaan berlaku disebabkan peningkatan kes sesuatu penyakit.

Gelaran doktor untuk pengesyoran kosmetik dilarang - Dr Noor Azmi
Arahan itu adalah berdasarkan Guideline for Cosmetic Advertisement yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

COVID-19: Jangan leka, kes sedang meningkat semula - Timb. Menteri Kesihatan
Orang ramai dinasihatkan tidak mengabaikan pematuhan SOP.

Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.

Wad kelas tiga tidak pernah dianaktiri, polisi lapuk perlu diubah - Dr Noor Azmi
Kerajaan tidak pernah menganaktirikan wad kelas tiga di hospital-hospital seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.