Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan persendirian yang diwajibkan bermula hari ini (1 Januari), mendapat reaksi positif daripada ibu-bapa, kerana kepentingannya dari segi keselamatan anak-anak.
Namun, mereka turut berharap kerajaan dapat memperkenalkan insentif tertentu bagi pembelian kerusi berkenaan, selain mengawal harga supaya tidak membebankan pengguna, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Seorang pekerja swasta, Mohd Afif Zahri, 30, dari Jitra, Kedah berkata beliau telah menggunakan CRS sejak 2015, dan ia mampu mendisiplinkan anaknya daripada mengganggu pemanduannya.
"Saya mengajar anak menggunakan kerusi ini sejak umur setahun lebih, apabila nak keluar pagi tadi ke tadika, tanpa disuruh anak saya sudah duduk di kerusi ini kerana sudah terbiasa dari kecil," katanya ketika ditemui Bernama, pada Rabu.
Bapa kepada dua orang anak, Zabidi Zolkefli, 34, dari Kangar, Perlis berkata beliau membeli CRS sejak tiga tahun lepas dengan harga RM200, bagi kegunaan anak pertamanya yang kini berusia enam tahun.
"Bagi saya apa yang penting adalah keselamatan anak, duit boleh cari walaupun pendapatan saya tidak seberapa, lagipun ia boleh digunakan oleh anak lain selepas ini," katanya.
Beliau turut berharap kerajaan memperkenalkan subsidi kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai, memandangkan harga sebuah kerusi CRS adalah dalam lingkungan RM200 hingga RM600.
Ibu kepada tiga cahaya mata, Zurina Abdul Karim, 30, meminta kerajaan mengawal harga kerusi tersebut, memandangkan bukan semua ibu bapa berkemampuan untuk memilikinya.
"Dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang, ibu bapa yang kurang berkemampuan seperti saya, terpaksa mendahulukan duit perbelanjaan kepada perkara lebih mendesak, seperti susu anak, persekolahan dan kesihatan," katanya.
Mohd Firdaus Shaari, 37, dari Shah Alam, Selangor, pula berharap kerajaan dapat memberi sedikit pelepasan kepada keluarga yang mempunyai anak ramai sepertinya.
"Saya harap kerajaan longgarkan sedikit syarat kerusi keselamatan ini, bagi mereka yang hanya ada kereta sedan seperti saya, kita perlu tukar kepada kereta pelbagai guna tujuh tempat duduk jika hendak guna tiga kerusi keselamatan kanak-kanak," kata bapa kepada empat anak berusia dua hingga 11 tahun itu.
Dalam pada itu, seorang kakitangan kerajaan Nik Nur Aishah Nik Zakaria, 36, dari Kuala Terengganu mengambil pendekatan membeli CRS ketika jualan murah, bagi kegunaan bayi perempuannya yang berusia lapan bulan, Wan Nur Alia Farhana Wan Haiza Azuan.
"Saya membeli CRS melalui dalam talian ketika jualan murah dengan harga hanya RM180. Sekiranya tiada jualan murah, harga boleh mencecah RM300," katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian, yang diwajibkan bermula hari ini bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak, daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Langkah baharu itu susulan statistik membimbangkan, iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.
Bagaimanapun, tiada saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaan, yang bersifat mendidik terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
Muhammad Saddam Yusoff, 29, (kanan) memasang tali pinggang keledar pada kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) anaknya, Abdul Mateen Budiman 2, ketika keluar beriadah sempena cuti tahun baharu. - Bernama
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Jumlah hutang, pendapatan negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lau turut bertanyakan apakah langkah yang diambil bagi memulihkan ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak COVID-19.
Kanak-kanak dua tahun tercampak: Pemandu Myvi direman tiga hari
Reman bagi pemandu Myvi berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Rembau bermula semalam (12 Feb) sehingga 14 Feb.
Kerusi CRS: Jangan pertaruh nyawa anak semata-mata ingin jimatkan wang! - Pakar
Ibu bapa disaran agar tidak terpedaya dengan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang murah.
CRS: KPDNHEP akan pantau penjualan atas talian agar ikut piawaian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang meluas secara dalam talian ketika ini.
Kerajaan tidak berhasrat wajibkan CRS pada jenis kenderaan lain - Loke
Buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.
Kerusi keselamatan kanak-kanak: Tiada saman enam bulan pertama tetapi...
Kementerian akan terlebih dahulu melaksanakan pendekatan berbentuk amaran, nasihat dan mendidik para ibu bapa khusus untuk menyedarkan kepentingan kerusi keselamatan.
Patuhi kriteria kerusi keselamatan kanak-kanak - Kamaruddin
UNR44 memberi panduan penggunaan produk CRS berdasarkan kumpulan berat kanak-kanak, manakala UNR129 memberi panduan produk CRS berdasarkan ketinggian kanak-kanak.
Tiada saman dikeluarkan dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan CRS
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kementeriannya mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya.
Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak berperingkat - Loke
Kerajaan mewajibkan penggunaan CRS dalam kereta bermula 1 Januari tahun depan.