Tiada apa yang lebih membanggakan bagi seorang ibu apabila melihat anak yang berusia sembilan tahun sudah mampu menyumbang jasa kepada negara dengan menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE) buat petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.
Hasnah Hud, 38, ibu kepada Nur Afia Qistina Zamzuri berkata meskipun tidak begitu faham mengenai COVID-19, namun anaknya itu mengetahui bahawa PPE merupakan pakaian penting petugas barisan hadapan dan disebabkan itu dia secara sukarela menyuarakan hasrat untuk membantu menjahit PPE walaupun tiada upah.
"Pada mulanya saya tunjuk gambar seorang kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah yang sedang memotong bahan PPE, Afia tanya ia untuk apa kemudian saya jelaskan pada dia yang gaun ini untuk dipakai oleh jururawat, doktor untuk rawat pesakit COVID-19.
"Saya bagi tahu Afia di HTAN ia tidak cukup dan saya mahu bantu untuk jahit, Afia kemudiannya bagi tahu dia juga mahu bantu kerana ketika ini dia tidak bersekolah dan tiada apa yang boleh dilakukannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan kisah Nur Afia yang menyumbang bakti menghasilkan PPE meskipun baru berusia sembilan tahun.
BACA: Normal baharu: Tukang jahit cilik siapkan PPE untuk petugas barisan hadapan
Kisah Nur Afia semalam turut mendapat perhatian Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam ucapannya semasa membentangkan Laporan Kelima Pencapaian Prihatin-Laksana dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Nur Afia.
Mengulas lanjut, Hasnah berkata, beliau juga teruja melihat kecekapan anak sulungnya itu dalam mempelajari cara membuat gaun PPE dengan hanya mengambil masa sehari untuk memahami langkah demi langkah menyiapkan kemudahan itu tambahan pula sejak usia Afia lima tahun dia sudah pandai menjahit.
"Pada mulanya saya ajar dia cara potong, cara jahit dan dia memang tekun catat nota rujukan sendiri, lebih kurang dua helai gaun PPE saya siapkan, dia sudah dapat tangkap. Mula-mula Afia ambil masa satu jam setengah untuk hasilkan sehelai gaun PPE, kini dia sudah mampu siapkan dalam masa setengah jam dan boleh hasilkan empat hingga lima helai PPE sehari.
"Afia juga sudah berdaftar sebagai sukarelawan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, sebagai ibu, saya memang bangga dengan apa yang dilakukan Afia untuk mengisi masa lapangnya, tambah membanggakan apabila usaha Afia ini turut mendapat perhatian Menteri Kewangan," katanya.
BACA: Petugas barisan hadapan Sarawak terima bekalan PPE tambahan dari China
BACA: 59 juta unit PPE diperlukan sebulan
BACA: COVID-19: KKM masih perlukan sumbangan PPE
Hasnah berkata selain menjahit PPE, beliau juga ada mengambil tempahan baju raya dan tugasnya menjadi lebih mudah apabila ada anak yang membantunya untuk menghasilkan PPE ketika beliau menjahit tempahan baju raya pelanggan.
"Afia tidak menjahit setiap hari, ada hari-hari tertentu yang saya bagi dia jahit PPE, jadi masa dia jahit PPE, saya akan siapkan tempahan baju raya pelanggan. Walaupun saya biarkan dia buat sendiri PPE ini, tetapi saya tetap pantau untuk pastikan hasil yang baik dan sempurna," katanya.
Hasnah berkata dua lagi adik Nur Afia masing-masing berusia empat dan dua tahun turut membantu dalam proses menghasilkan PPE mengikut keupayaan mereka.
"Adik Afia, Nur Ariana Qistina berusia empat tahun dan yang bongsu Zyrill Isyraff berusia dua tahun masing-masing ada tugas juga. Ariana akan bantu potong lebihan benang jahitan manakala Zyrill akan bantu mengisi getah ke dalam bekas bagi memudahkan Afia untuk mengambilnya... suami pula Zamzuri Shaharin, 50, akan bantu melipat PPE yang sudah siap
"Setakat ini, 160 helai gaun PPE telah berjaya disiapkan dan ada lagi 90 helai gaun PPE yang perlu dihasilkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020
Afia (gambar) juga sudah berdaftar sebagai sukarelawan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah. - REUTERS/Gambar Fail
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.