Hanya itu mampu dilakukan Diya apatah lagi ketika umat Islam teruja menyambut lebaran, dia hanya mampu menghitung nasib diri di rumah perlindungan itu.
Remaja 16 tahun ini hamil sembilan bulan selepas terlanjur dengan teman lelaki yang juga jirannya sendiri.
Sehingga kini, Diya masih menagih keampunan ibu bapanya yang tidak pernah melawatnya di rumah perlindungan itu kerana terlalu marahkan remaja itu.
Namun kerana kedegilannya, dia tetap bertemu dengan teman lelaki yang baru dikenalinya itu sehingga mengikut lelaki itu pulang ke rumah.
"Dia ada bawa dekat rumah dekat hostel kawan dia . Dia cuba nak buat sesuatu, Saya tak nak tapi bila sampai rumah dia kat situ lah kami buat,"jelasnya.
Malah, teman lelakinya pernah mendesak dia untuk menggugurkan kandungan tapi tidak berjaya.
"Waktu dia tahu saya mengandung, dia suruh saya gugurkan. Saya pun tak tahu nak buat apa tetapi ada beli Coke, Panadol dan nenas untuk gugurkan kandungan," tambahnya.
Malah, dia mengakui itu bukan kali pertama dia melakukan hubungan seks.
Selepas memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya, Diya dimarahi dan meminta lelaki berkenaan untuk bertanggungjawab.
"Waktu ibu tanya ada datang bulan tak, dia beritahu ayah saya . Dia tanya siapa yang buat. Dia jumpa lelaki tu dan suruh tanggungjawab,"
"Dia pergi macam tu sahaja, jadi ayah pergi buat laporan polis.Lokap sembilan hari lepas tu keluarga dia datang jadi ayah tarik report , ayah pun tarik balik la,"jelasnya.
Menurutnya, teman lelakinya itu seorang penagih dadah dan sehingga kini dia menghilangkan diri.
Menyentuh mengenai perancangannya selepas keluar dari rumah perlindungan, Diya mahu menyerahkan bayi kandungnya itu kepada orang lain dan kemudian tinggal bersama kakaknya.
"Saya sedih. Saya rasa menyesal sangat. Mak pun tak contact saya langsung. Ayah pun. Hanya kakak sahaja berhubung dengan saya,"
"Saya juga sedih sebab baby saya kandung ini akan diberi kepada orang lain tapi saya mahu sambung belajar demi masa depan sebab sebelum ini saya belajar di MRSM" kata Diya.
Dan kepada ibu dan ayahnya, Diya hanya harapkan keampunan dan kemaafan.
"Kepada ibu, saya nak minta maaf sebab ibu rapat dengan saya. Saya harap dia boleh maafkan saya. Setiap hari saya doa agar ibu dan ayah lembut hati untuk terima saya semula," katanya sebak.
Janji Diya, hanya satu , dia akan berhati-hati dalam berkawan dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
Diya adalah antara 28 penghuni Rumah Perlindungan Taman Seri Puteri Cheras yang diberikan perlindungan dan pemulihan mengikut Sekseyn 55 Akta Kanak-Kanak 2001.
Rumah perlindungan itu memberi pemulihan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun yang terlibat dengan isu sosial dan moral.
Kebanyakan penghuni adalah mereka yang hamil hasil hubungan terlarang, sumbang mahram dan bersabit dengan kes rogol sama ada dengan insan dikenali atau sebaliknya.