ALOR SETAR: Kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik dipilih sebagai projek perintis untuk mengkaji dan melihat kesan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) selepas kerajaan membenarkan penerokaan mineral tersebut dalam negara.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kajian awal termasuk untuk memastikan aktiviti perlombongan REE tidak menjejaskan struktur hutan mahupun memberi kesan negatif terhadap tanah yang diteroka.
Menurutnya, impak hasil daripada kajian berkenaan akan dijadikan panduan dalam melombong REE di kawasan yang dibenarkan di negeri ini.
“Kajian yang dijalankan itu antaranya untuk melihat kesan perlombongan REE terhadap persekitaran seperti hutan simpan dan tanah yang diusahakan sebagai kawasan melombong dalam hutan simpan kekal (HSK) di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Sanusi berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kajian berkenaan bagi memastikan hasrat Kedah untuk meneroka hasil baharu sebagai pendapatan negeri tercapai.
“Kita ucapkan terima kasih atas pemilihan tapak Bukit Enggang sebagai perintis projek bagi kajian kesan perlombongan REE di Malaysia,” ujarnya.
Pada Selasa, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, kerajaan negeri kini dibenarkan membuat penerokaan awal REE berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk perlombongan bijih REE dan mineral berkaitan.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) di ibu negara pada Selasa, yang turut dihadiri Sanusi.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat kepada keperluan dalam melaksanakan rangka kerja kebangsaan bagi pembangunan industri mineral, antaranya pengekstrakan REE.
Pada 3 Oktober tahun lepas, media melaporkan berlaku kecurian mineral terbabit yang dilakukan sekumpulan warga asing di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang.
Susulan itu, kerajaan negeri didakwa terbabit dalam kegiatan melombong REE secara haram apabila tapak berkenaan disahkan milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).
Bagaimanapun, Sanusi menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan MBI tidak terlibat dalam perlombongan haram malah individu terbabit telah didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023

Sanusi (tiga, kanan) hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang dipengerusikan Nik Nazmi pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Hutan Simpan Bukit Enggang jadi projek perintis kajian REE
Kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik dipilih sebagai projek perintis untuk mengkaji dan melihat kesan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).

'Tangani isu penerokaan haram REE secara serius, elak berlaku di kawasan lain'
Mahadzir cadangkan pihak berkuasa tubuh satu jawatankuasa bagi mengkaji dan menyiasat isu di sebalik penerokaan REE secara haram.

Jangan buat kesimpulan awal, tuduhan melulu mengenai isu kecurian REE - Sanusi
Bukti mengaitkan 52 lelaki yang ditahan pada Rabu lepas dengan kecurian REE belum diperoleh.

Curi REE: Kerajaan Kedah, syarikat terima lesen teroka tidak terlibat - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan pembabitan kerajaan negeri serta syarikat yang diberikan lesen eksplorasi untuk mengkaji REE terlibat dalam kegiatan mencuri mineral.

Tiada kelulusan baharu pembalakan - Sanusi
Projek mengeluarkan balak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik yang tular baru-baru ini, sebenarnya telah diluluskan pada 2017.