KOTA BHARU: Konflik yang melibatkan harimau dan manusia di Gua Musang sejak mutakhir ini dipercayai berpunca daripada hutan yang semakin mengecil di kawasan itu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mohamad Hafid Rohani berkata, keadaan tersebut menyebabkan haiwan liar berkenaan mulai 'berani' mendekati kawasan yang didiami manusia.
"Semua orang tahu punca yang menyebabkan harimau mengganas adalah disebabkan habitatnya yang semakin mengecil.
"Ia boleh dilihat apabila tahun ini sahaja sudah tiga individu maut dipercayai akibat serangan harimau.
"Kami (Perhilitan) telah melakukan pelbagai cara untuk menangani konflik ini antaranya memasang kamera dan perangkap bagi mengesan hidupan liar tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Mengulas mengenai kejadian serangan yang berlaku pada Khamis dan Jumaat lalu, beliau tidak menolak kemungkinan harimau yang sama menyerang kedua-dua mangsa warga Indonesia dan Myanmar.
Ujarnya, setakat ini harimau di dalam hutan ada banyak namun kemungkinan harimau sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana lokasi kejadian adalah berdekatan iaitu hanya sekitar 10 kilometer.
Mohamad Hafid memberitahu, selain memasang kamera dan perangkap, pihaknya memohon kepada pekerja ladang dan persendirian supaya tidak bekerja berseorangan.
Tambah beliau, pilih bekerja secara berkumpulan dan tidak membuat sebarang provokasi kepada hidupan liar.
Mengikut rekod Perhilitan kes kecederaan atau kematian manusia akibat diserang harimau belang di Kelantan ialah pada 5 Julai 2021 di Kampung Sau, Pos Bihai membabitkan seorang lelaki Orang Asli yang mengalami kecederaan parah.
Harimau belang betina yang menyerang mangsa berjaya ditangkap dan telah ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.
Kes seterusnya pada 7 Januari 2022, di Kampung Sau, Pos Bihai melibatkan kematian seorang lelaki Orang Asli dan harimau belang yang menyerang mangsa terpaksa ditembak mati kerana telah cuba menyerang anggota Perhilitan semasa operasi.
Kemudian pada 5 Oktober di Pos Pasik melibatkan kematian seorang lelaki Orang Asli di mana pemasangan perangkap masih dijalankan di kawasan lokasi kejadian.
Seterusnya pada 10 November di Ladang Akar Prestige, Meranto melibatkan kematian seorang lelaki warganegara Indonesia.
Terbaharu pada 11 November di Meranto melibatkan kematian seorang lelaki warganegara Myanmar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 13 2023

Konflik yang melibatkan harimau dan manusia di Gua Musang sejak muthakir ini adalah dipercayai berpunca daripada hutan yang semakin mengecil di kawasan itu. Gambar kecil: Mohamad Hafid
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.

Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.