PUTRAJAYA: Hungary telah menawarkan kepada Malaysia untuk menjadikan negara Eropah itu sebagai pintu masuk bagi produk pertanian dari Malaysia memasuki pasaran Kesatuan Eropah (EU).
Tawaran itu dibuat oleh Menteri Pertanian Hungary Istvan Nagy kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semasa rundingan dua hala mereka di Budapest pada 6 Julai lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kedua-dua menteri berkenaan telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan akses pasaran, pertanian moden dan penyelidikan demi faedah bersama.
Mohamad dan Nagy semasa pertemuan tersebut turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama pertanian dalam usaha bersepadu untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang pertanian.
"MOU ini akan menjadi peluang untuk meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian Malaysia bagi meningkatkan keseimbangan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara," kata Mohamad seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.
Nagy dalam kenyataan itu juga dipetik sebagai berkata Hungary bersedia untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan benih dan agrogenetik, pertanian pintar dan pendigitalan yang ditekankan dalam pertanian menawarkan potensi untuk membantu menangani cabaran dalam produktiviti, kemampanan dan perubahan iklim.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Tawaran itu dibuat oleh Menteri Pertanian Hungary Istvan Nagy kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semasa rundingan dua hala mereka di Budapest pada 6 Julai lepas. - Gambar fail
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Pasca PRK SG Bakap: Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Kali kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Georgetown, pada Jumaat.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
Pembinaan 20 unit pam tambahan di Kelantan dijangka siap Ogos 2025 - Mohamad
Pembinaan 20 unit pam tambahan bernilai RM20 juta yang diumumkan Perdana Menteri dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos 2025.
Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu
Hasil pengeluaran padi KADA dan MADA merosot lima peratus dalam tempoh setahun berikutan musim kemarau dan banjir.
Kerajaan teroka potensi jelapang padi di Sabah, Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneroka kawasan-kawasan berpotensi di Sabah dan Sarawak untuk dibangunkan sebagai jelapang padi negara.
Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.