Hukuman lebih berat perlu diambil terhadap pelaku yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik dan perbuatan menghina Jata Negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Mengambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja, beliau berkata tindakan tegas seperti itu akan memberikan pengajaran kepada semua pihak.
"Kita harap mereka ini (yang memasang Jalur Gemilang terbalik dan menghina Jata Negara) perlu ditangkap dan diambil tindakan lebih berat ...tindakan tegas perlu diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@Komuniti dan Ziarah Kasih Merdeka di sini, hari ini.
Turut dihadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad.
Beliau berkata hukuman berat itu akan mampu memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mewujudkan keadaan tidak harmoni seperti menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara apabila mereka berasa tidak puas akan sesuatu.
Zahidi turut menegaskan kementerian akan terus melipatgandakan usaha untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang perlunya mereka menyayangi dan menghormati lambang negara.
"Kementerian akan teruskan kempen kibar Jalur Gemilang... supaya rakyat betul-betul memahami dan menyayangi serta menghormati negara, Jata Negara, bendera (Jalur Gemilang) dan warga kita," katanya.
Mengenai program berkenaan, beliau berkata meskipun negara kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19, namun ia bukanlah alasan Bulan Kebangsaan tidak dapat disambut dengan meriah.
"Sambutan kali ini mengikut normal baharu dan kita tidak mahu sambutan Merdeka kali ini kurang meriah dan tidak bersemangat. Jadi kita cuba yang terbaik bagi memastikan rakyat memahami dan mengamalkan prinsip Rukun Negara serta terus semarakkan semangat patriotik," katanya.
Program Merdeka@Komuniti merupakan program Jabatan Penerangan yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara.
Selain aktiviti pemasangan bendera, turut diadakan ialah Info On Wheels (IOW) Merdeka serta pertandingan lagu patriotik serta ziarah kasih merdeka, bagi mendekati masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Hukuman berat itu akan mampu memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mewujudkan keadaan tidak harmoni seperti menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang
Berada dalam kawasan PKPD sejak 26 Julai lepas tidak menjadi penghalang buat penduduk Medan Klebang Restu, Chemor pamer semangat patriotik.
Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi
Ambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja.
Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang
Projek menjahit selempang itu hasil perbincangan pihak MB Inc sebelum ini dengan penduduk kampung.
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib
Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu.