KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini hingga 20 Nov.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah di seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Di Pahang, kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA