Pelaksanaan hudud perlu dilakukan segera di negara ini memandangkan jumlah maksiat yang terlalu tinggi terutama di negeri Kelantan.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, hanya hudud dapat menyelesaikan masalah berkenaan selain menimbulkan kesedaran dan ketakutan masyarakat Islam terhadap undang-undang berkenaan.
"Mereka perlu kuat kuasa hudud di Kelantan. Maksiat di sana teruk. Orang berzina rata ceruk, bawah tangga. Seks haram berleluasa.
"Tidak boleh dalam negeri, mereka buat di Siam. Pemimpin Kelantan sedar hal ini. Penyelesaiannya hanya hudud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad Atory mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam sebuah portal yang menyatakan tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan terhadap undang-undang tersebut.
Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau "ijtihad" lain.
Dalam pada itu kata Ahmad Atory, setiap umat Islam perlu memahami kewajipan menyokong hudud walaupun pelaksanaannya kini masih kurang jelas.
"Kalau ikut PAS Kelantan, ini kehendak rakyat Islam negeri itu. Apa yang saya faham hukum itu hanya pada orang Islam saja, ia memang tidak tertakluk kepada orang bukan Islam," jelasnya.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan kesemua 37 Ahli Parlimen DAP mengumumkan keputusan menolak pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS kerana ia disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan, ini kata Ahmad Atory;
"Mereka tidak boleh memperlekeh hudud kita, kita juga tidak boleh menghina agama mereka.
"Hukum hudud tidak boleh dikaitkan dengan keadilan dan hukum akal. Kalau kita guna perspektif keadilan dalam hukum hudud, ia tidak kena dan tidak boleh dibanding bukan Islam.
"Mana boleh banding Cina tidak puasa dan kita puasa, kononnya tidak adil mereka makan dan kita tidak makan," ujarnya.
Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dilapor turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan ke-13.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 24 2015
ATORY: Hudud: Kuat kuasa segera di Kelantan, maksiat terlalu banyak di sana - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
'Golongan muda UMNO jadi liar bila senior parti gila projek' - Atory
Golongan muda dalam UMNO berisiko untuk menjadi liar dan tidak mengikut nasihat sekiranya tidak dikawal senior dan veteran di dalam parti.
Rombakan Kabinet: 'Jadi atau tidak, UMNO out kalau PRU hari ini' - Atory
Konflik dalaman UMNO yang kini dilihat berada di tahap kronik akan menjadi semakin parah seandainya spekulasi rombakan Kabinet yang dikatakan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri nanti terjadi.
Hudud: Kuat kuasa segera di Kelantan, maksiat terlalu banyak di sana - Atory
Pelaksanaan hudud perlu dilakukan segera di negara ini memandangkan jumlah maksiat yang terlalu tinggi terutama di negeri Kelantan.
Tuan Ibrahim 'malu alah', Abdul Hadi belum bagi 'signal' turun - Penganalisis
Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan masih malu alah untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti awal Jun ini.
PAS lagi kuat kalau Abdul Hadi sukarela undur diri - Atory
Pas dilihat akan lebih kuat seandainya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundur diri dari terus mempertahankan jawatan itu pada muktamar parti awal Jun ini.
PAS henti 'dinasti' Nik Aziz di DUN Chempaka - Atory
Tindakan PAS tidak menyenarai pendek nama anak Allahyarham Nik Aziz sebagai calon bagi PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini dilihat langkah parti itu menghentikan legasi Nik Aziz di kerusi berkenaan.
Hasrat Khairy bawa usul transgender ke Perhimpunan Agung UMNO dibidas
Hasrat Khairy Jamaluddin untuk membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini dilihat sebagai langkah untuk menarik perhatian masyarakat semata-mata.