Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap barisan pimpinan MCA dan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai lebih mementingkan pangkat dan jawatan berbanding prinsip dan keteguhan politik.
Kit Siang mempersoalkan pendirian MCA ketika pengumuman yang dibuat Perdana Menteri baru-baru ini yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud.
"Kepura-puraan terbesar MCA sepanjang 65 tahun sejarahnya – mengancam untuk mengumpul ribuan orang dan mengepung Parlimen bagi menentang hudud, namun gagal membuatkan walau pun hanya seorang, iaitu Presiden MCA, untuk berkata ‘Tidak’ kepada Najib.
"Sangat menyedihkan untuk menyaksikan kepura-puraan itu – kerana ia hanya berjaya secara terus-menerus menelanjangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pimpinan MCA sebagai pemimpin tanpa keyakinan, prinsip, dan maruah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, MCA sebelum ini melancarkan kempen agresif terhadap DAP akibat tafsiran salah dan menyeleweng ke atas kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tentang Hudud pada 2011.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyifatkan sikap MCA itu menjadi punca parti terbesar kaum Cina itu ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.
"Perkara-perkara itu menyebabkan MCA ditolak sepenuhnya oleh pengundi Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu, dan akhirnya menjadi parti politik “7-11” di negara ini," katanya.
Sebelum ini, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek turut menuduh kepemimpinan parti itu sebagai 'tidak berdaya dan lemah dalam membantah Hudud'.
Namun tuduhan Soi Lek itu disanggah oleh Tiong Lai dan menegaskan pendirian MCA dari dahulu lagi adalah untuk tidak menerima pelaksanaan Hudud.
Astro Awani
Wed Apr 30 2014

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. --Gambar fail
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.

Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.

Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.

DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.

Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).

MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.

Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.