Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sejak Selasa.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad, di mana ketika itu polis masih mengambil keterangan mereka.
"Ya mereka sedang rekod kenyataan... kira dah bebas la tu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum itu, peguam mereka Syahredzan Johan menerusi akaun Twitternya berkata pihak polis tidak akan memohon perintah reman terhadap Jahabar dan Kay Tat.
"Kenyataan mereka akan diambil dengan kenyataan perunding IT. Selepas itu (mereka) akan dibebaskan," kata Syahredzan.
Jahabar dan Kay Tat ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung laporan tentang undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Pada Selasa, tiga pengarang portal berita TMI telah dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi selepas pihak polis selesai mengambil keterangan.
Pengarang Urusan, Lionel Morais; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong; dan Pengarang Berita, Amin Iskandar dibebaskan sekitar jam 8.45 semalam.
Permohonan reman terhadap mereka telah ditolak Majistret Mohd Nazri Omran pada Selasa.
Syafique Shuib
Wed Apr 01 2015
Polis tidak memohon reman ke atas penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider Jahabar Sadiq. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Hudud: Ho Kay Tat dan Jahabar Sadiq dibebaskan
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Kay Tat, Jahabar dijangka bebas hari ini - peguam
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider Jahabar Sadiq dijangka akan dibebaskan selepas ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.