Sebarang pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan harus mengikut cara adil dan betul, kata Presiden Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) Tan Sri Abdul Aziz Yassin.
Beliau berkata umat Islam wajib mengikuti undang-undang Islam itu sementara pelaksanaannya haruslah berlandaskan syariah.
"Walaupun Pemikir tidak membantah pelaksanaan undang-undang itu, namun pelaksanaannya memerlukan kajian dan perbincangan menyeluruh bagi mengelak ketidakadilan dalam pelaksanaannya kelak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemikir di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Dalam pada itu, Abdul Aziz menyokong nasihat anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya MCA dan Gerakan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.
"Kita tidak pernah campur tangan dari segi agama mereka...mereka juga tidak mengetahui berkenaan hukum Islam," kata Ismail Sabri.
Gerakan pada Rabu lepas memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu, atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Seorang pemimpin MCA pula dilaporkan berkata parti itu harus memutuskan hubungan dengan UMNO berhubung sokongannya terhadap RUU itu di DUN Kelantan.
Bernama
Sun Mar 22 2015

Walaupun Pemikir tidak membantah pelaksanaan undang-undang itu, namun pelaksanaannya memerlukan kajian dan perbincangan menyeluruh bagi mengelak ketidakadilan dalam pelaksanaannya kelak. -Gambar fail

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews

Agenda Bumiputera pemangkin agihan ekonomi pelbagai kaum
Agenda Bumiputera dalam Pelan Kemakmuran Bersama merupakan pemangkin yang merencana kaedah untuk memastikan keseimbangan mengecapi agihan ekonomi dalam kalangan usahawan pelbagai kaum.