KUANTAN: Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran Dharmalingam selepas menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura pada Rabu lalu kerana didapati bersalah menyeludup dadah ke negara itu pada 2009.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, dari aspek hubungan diplomatik, hubungan itu tidak terjejas kerana Malaysia sentiasa menghormati undang-undang negara sahabat.
Bahkan, Malaysia juga, tegas Saifuddin, menghormati keperluan setiap kerajaan dan negara tersebut untuk menegakkan keluhuran undang-undang mereka.
"Kita (Malaysia) menghormati lunas undang-undang yang dijalankan di Singapura dan dari segi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tidak terganggu walau sedikit pun kerana kita saling faham memahami dari segi keperluan setiap kerajaan dan negara untuk menegakkan keluhuran undang undang masing masing,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program MyRakyat Sentuhan Kasih Aidilfitri di perkarangan Wisma Belia Indera Mahkota di sini, hari ini.
Nagaenthran, 34, yang berasal dari Perak dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura.
Mendiang sepatutnya dijadualkan menjalani hukuman pada 10 November tahun lalu tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah dimaklumkan dia positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.
Mendiang Nagaenthran dikebumikan di kampung halamannya pada Jumaat.
Mengenai cadangan pertukaran banduan, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, ketika ini Malaysia dan Singapura tidak ada sebarang perjanjian pertukaran banduan antara kedua negara.
Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kata beliau akan melihat lebih lanjut berkenaan cadangan itu kerana Malaysia bersedia pada tahap adanya pertukaran banduan.
Astro Awani
Sat Apr 30 2022
![Hubungan Malaysia - Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran Hubungan Malaysia - Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651302267_SaifuddinAbdullah.jpg)
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (dua, kanan) membeli serunding ketika melawat gerai jualan pada Program Jualan Myrakyat Sentuhan Kasih Aidilfitri Parlimen Indera Mahkota di pekarangan Wisma Belia, Kuantan hari ini. - Gambar BERNAMA
![Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720394285_People.jpg)
Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris
Ia susulan pakatan berhaluan kiri cipta keputusan mengejutkan, memperoleh kerusi paling banyak dalam pilihan raya Perancis.
![Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720393880_IhabalGhussein.jpg)
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu.
![Enam jam kaki tersepit di batu sungai Enam jam kaki tersepit di batu sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387834_LelakiTersepit.jpg)
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720392435_Frenchparliamentary.jpg)
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61675064040_TBFAHMIFADZIL.jpg)
Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura
MoU yang ditandatangani berkaitan kerjasama Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital.
![Hubungan Malaysia - Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran Hubungan Malaysia - Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651302267_SaifuddinAbdullah.jpg)
Hubungan Malaysia - Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran
Dari aspek hubungan diplomatik, hubungan itu tidak terjejas kerana Malaysia sentiasa menghormati undang-undang negara sahabat.
![Pembukaan sempadan bawa limpahan rezeki buat negeri Johor - MB Pembukaan sempadan bawa limpahan rezeki buat negeri Johor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651295488_ONNSEMPADAN.jpg)
Pembukaan sempadan bawa limpahan rezeki buat negeri Johor - MB
Johor Bahru kembali sesak menjelang Aidilfitri berikutan kemasukan warga Singapura untuk berbelanja di bandar itu.
![Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41580343073_FBREAKcoronavirus.jpg)
Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China
Jumlah alat pengesan haba atau thermal scanner yang terhad di sempadan darat Malaysia-Singapura menyebabkan Kementerian Kesihatan lakukan saringan koronavirus pada rakyat China sahaja.