SERIAN: Perubahan sesebuah kerajaan, baik Pusat mahupun negeri, akan memberi kesan besar kepada agenda pembangunan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tanpa kerjasama erat dan hubungan akrab di antara kedua-dua kerajaan, ia akan membantutkan projek pembangunan yang akhirnya menyusahkan rakyat.
"Saya mudah membangunkan Sarawak kerana hubungan saya dan Abang Johari rapat.
"Mungkin satu panggilan daripada Abang Jo mengenai kelewatan projek, saya akan ambil maklum dan percepatkan pelaksanaannya.
"Kalau Kerajaan Pusat mempunyai empat parti termasuk mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak, dalam dua minggu akan datang, (saya harap) GPS masih kekal sebagai kerajaan negeri.
"Dengan ini, projek pembangunan akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan rakyat mendapat manfaat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Seksyen Serian WPC 03, di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Jajaran bagi Seksyen Serian adalah sepanjang 33.65km. Seksyen ini melibatkan skop kerja menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin dengan kos projek sebanyak RM700 juta.
Tambah Ismail Sabri, beberapa lagi projek pembangunan di Sarawak sedang dirancang Kerajaan Pusat dan negeri.
"Perlu ada hubungan baik seperti GPS. GPS perlu menang.
"Saya bukan mahu berkempen, tetapi apa yang ingin saya katakan, hubungan rapat Kerajaan Pusat dan negeri penting," katanya.
Assim Hassan
Sun Dec 05 2021
![Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638673671_TBSerian.jpg)
ISMAIL SABRI: Tanpa kerjasama erat dan hubungan akrab kedua-dua kerajaan, ia akan membantutkan projek pembangunan yang akhirnya menyusahkan rakyat. -ASSIM HASSAN/pix
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638673671_TBSerian.jpg)
Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM
Tanpa kerjasama erat dan hubungan akrab di antara kedua-dua kerajaan, ia akan membantutkan projek pembangunan yang akhirnya menyusahkan rakyat.
![Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637388057_KerajaanSarawak.jpg)
Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat
Sarawak rancang perkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat sebagai sebahagian daripada komponen sistem kewangan alternatifnya.