KUALA NERUS: Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah memulakan operasi klinik-klinik pakar dan perkhidmatan sokongannya pada 1 Ogos lepas, sekali gus berupaya membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan buat penduduk di Terengganu.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata pengoperasian klinik pakar dan perkhidmatan sokongan itu juga dapat membantu mengurangkan kesesakan pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
"Saya percaya akan wujud kerjasama dan pihak universiti bersedia melalui hospitalnya (HPUniSZA) untuk membantu menangani cabaran yang dihadapi hospital besar (HSNZ)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar HPUniSZA di HPUniSZA di sini hari ini.
Katanya antara klinik dan perkhidmatan sokongan yang dibuka kepada orang awam adalah Klinik Perubatan Dalaman, Klinik Ortopedik, Klinik Oftalmologi, Jabatan Farmasi, Jabatan Pengimejan Perubatan dan Jabatan Patologi.
Selain itu katanya perkhidmatan kardiologi (Pediatrik) juga telah dibuka kepada orang awam dengan kerjasama Institut Jantung Negara melalui kes-kes rujukan daripada HSNZ dan Hospital Universiti Sains Malaysia.
Dalam pada itu Khaled berkata HPUniSZA akan mula beroperasi sepenuhnya termasuk perkhidmatan wad pada suku kedua tahun depan, selepas HPUniSZA menerima peralatan rawatan yang lengkap.
Mengulas lanjut, beliau berkata hospital pengajar di Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak dijangka siap tahun depan selepas berlaku kelewatan selama dua tahun.
"Pembinaan sedang berlangsung. Isu yang dihadapi adalah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan Sabah serta Sarawak ada isu pekerja, selain harga bahan binaan di sana yang berbeza daripada sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
![HPUniSZA mula beroperasi Ogos, bantu kurangkan kesesakan di HSNZ - Khaled Nordin HPUniSZA mula beroperasi Ogos, bantu kurangkan kesesakan di HSNZ - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691324338_HPUniSZA.jpg)
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah memulakan operasi klinik-klinik pakar dan perkhidmatan sokongannya pada 1 Ogos lepas. - Foto BERNAMA
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
![HPUniSZA mula beroperasi Ogos, bantu kurangkan kesesakan di HSNZ - Khaled Nordin HPUniSZA mula beroperasi Ogos, bantu kurangkan kesesakan di HSNZ - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691324338_HPUniSZA.jpg)
HPUniSZA mula beroperasi Ogos, bantu kurangkan kesesakan di HSNZ - Khaled Nordin
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah memulakan operasi klinik-klinik pakar dan perkhidmatan sokongannya pada 1 Ogos lepas.