Memetik Reuters, perkara tersebut disahkan oleh dua sumber daripada kumpulan itu.
Serangan itu adalah yang pertama dituntut oleh Houthi sejak Israel melakukan serangan udara balas terhadap kumpulan itu di pelabuhan Hodeidah.
Namun begitu, Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas lokasi atau tarikh video itu dirakam.
Bulan lalu, Arab Saudi, menggesa puak Houthi 'menahan diri' daripada bertindak keterlaluan susulan serangan Israel ke atas Yaman, yang mengorbankan enam orang.
Menurut Kementerian Luar Arab Saudi, serangan Israel ke atas bandar Hodeida yang dikuasai Houthi, memburukkan lagi ketegangan di rantau itu.