BUTTERWORTH: Industri perhotelan di Pulau Pinang menunjukkan permintaan yang baik daripada pelancong namun ketika ini pihak hotel masih mengalami masalah kekurangan pekerja.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata ia berikutan pekerja sebelum ini kekal bekerja di bidang lain iaitu ketika berlaku pandemik COVID-19 dan pekerja ekonomi gig.
"Bagi memastikan industri hospitaliti dan perhotelan ini khususnya berupaya mendepani cabaran ketika negara sedang mengalami era kebangkitan ekonomi ini, saya sarankan agar mereka yang terlibat melakukan rekalibrasi dan proses 'kejuruteraan' dalam industri masing-masing.
"Saya juga turut berharap agar lebih ramai bakat dan tenaga kerja baharu boleh direkrut menerusi ekspo kerjaya 'Jom Cari Kerja' yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkenaan," katanya selepas merasmikan ekspo kerjaya itu di Hotel Ixora, di sini, pada Sabtu.
Ekspo kerjaya itu merupakan lanjutan daripada program siri pertama yang diadakan di Georgetown, Sabtu lepas dan 33 pempamer atau pemain industri mengambil bahagian kali ini.
Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) dengan kerjasama beberapa pihak seperti Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP), Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA).
Sementara itu, Presiden ATAP Ch'ng Huck Teng yang turut hadir berkata pihaknya meminta agar subsidi gaji sepanjang tempoh setahun penangguhan pelaksanaan kadar gaji minimum untuk sektor pelancongan dan hospitaliti dibuat secara lebih adil dan seimbang dengan sektor lain.
Katanya ketika ini kedua-dua industri itu masih dalam proses untuk 'pulih' daripada kegawatan ekonomi susulan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.
"Ketika ini juga, industri pelancongan dan hospitaliti yang dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum itu cuma menawarkan gaji asas sebanyak RM1,200 sahaja dan ini menyebabkan kami mengalami masalah kekurangan pekerja kerana ramai tidak berminat untuk bekerja di hotel dan lari bekerja di kilang dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Industri perhotelan di Pulau Pinang menunjukkan permintaan yang baik daripada pelancong namun ketika ini pihak hotel masih mengalami masalah kekurangan pekerja. -Gambar fail/Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.