GEORGE TOWN: Tempahan hotel di Pulau Pinang pada cuti hujung minggu ini meningkat sehingga 80 peratus.
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, K Raj Kumar berkata, peningkatan itu berlaku selepas pengumuman kerajaan berhubung kebenaran merentas negeri bermula Isnin lalu.
"Pada hari biasa, tempahan bilik di kebanyakan hotel di negeri ini mencapai 50 peratus dan meningkat ke 80 peratus pada hujung minggu ini.
"Kita berharap agar orang ramai terus berminat untuk melancong untuk membantu industri perhotelan bangkit semula," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, hotel di pulau ini terutama yang terletak di pantai mula sibuk membuat persiapan menerima pelancong sejak kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu.
Sementara itu, Raj Kumar berkata, pihaknya memohon kerajaan pusat supaya segera mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi perhotelan ketika negara berada dalam fasa endemik nanti.
Beliau berkata, SOP itu perlu bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dalam kalangan rakyat.
"Kita berharap SOP bagi fasa endemik ini lebih mudah difahami dan dikeluarkan oleh satu pihak sahaja agar tidak berlaku pertindihan arahan.
"Contoh, ketika fasa pandemik, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan SOP dan selepas itu ada agensi lain seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang mengeluarkan SOP lain kepada penggiat industri perhotelan.
"SOP daripada pelbagai agensi menyebabkan kami keliru. Jadi kami memohon agar SOP fasa endemik ini segera diumumkan supaya kami boleh bersedia dan dikeluarkan oleh satu agensi sahaja seperti MKN," ujarnya.
Pulau Pinang menjangkakan sekitar 50,000 pelancong akan mengunjungi negeri itu hujung minggu ini susulan kebenaran rentas negeri di seluruh negara bermula 11 Oktober lalu.
Exco Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin berkata, persiapan bagi menyambut kedatangan pelancong sudah pun dilakukan pemain-pemain industri pelancongan di negeri itu.
Pada Rabu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah bersiap siaga dalam menghadapi kemasukan kira-kira 50,000 pengunjung pada hujung minggu ini apabila membekukan cuti 2,342 kakitangannya.
Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang dilaporkan berkata, jumlah itu adalah 77.6 peratus daripada 3,109 jumlah keseluruhan kakitangan MBPP.
Katanya, tempoh pembekuan cuti rehat bermula pada 15 sehingga 19 Oktober ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan akan mengurangkan jumlah SOP sebanyak 94.5 peratus bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat.
Pengurangan jumlah daripada 181 SOP ketika ini dijangka dapat dimuktamadkan dengan mengambil kira faktor tertentu selari peralihan negara ke fasa endemik iaitu menjelang penghujung Oktober ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 14 2021
![Hotel di Pulau Pinang hampir penuh - MAH Hotel di Pulau Pinang hampir penuh - MAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633883240_pengusahahotel.jpg)
Pengusaha hotel di Pulau Pinang mula sibuk membuat persiapan menerima pelanggan selepas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri pada Ahad lalu. -Gambar hiasan
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dakwaan berkempen: Sanusi ingat peluru besar tapi peluru kapur dan meriam buluh sahaja - Saifuddin Dakwaan berkempen: Sanusi ingat peluru besar tapi peluru kapur dan meriam buluh sahaja - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689847575_TBSaifuddinNasution.jpg)
Dakwaan berkempen: Sanusi ingat peluru besar tapi peluru kapur dan meriam buluh sahaja - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan lawatannya ke Langkawi Jumaat lalu, adalah atas urusan rasmi bagi mendengar taklimat daripada agensi keselamatan.
![Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633883240_pengusahahotel.jpg)
Rentas negeri: Tempahan hotel meningkat 40 peratus - MAH
Menurutnya, sebelum pembukaan rentas negeri, kadar tempahan bilik hotel sekitar 25 hingga 30 peratus.
![Rentas negeri: Hotel di Melaka hampir penuh hujung minggu ini Rentas negeri: Hotel di Melaka hampir penuh hujung minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634290030_KotaAFamosa.jpg)
Rentas negeri: Hotel di Melaka hampir penuh hujung minggu ini
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya sebelum ini menyasarkan kadar tempahan 48 peratus apabila sempadan negeri dibuka.
![Hotel di Pulau Pinang hampir penuh - MAH Hotel di Pulau Pinang hampir penuh - MAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633883240_pengusahahotel.jpg)
Hotel di Pulau Pinang hampir penuh - MAH
Peningkatan itu berlaku selepas pengumuman kerajaan berhubung kebenaran merentas negeri bermula Isnin lalu.
![Tempahan hotel empat bintang di Langkawi dijangka meningkat selepas 19 September - MAH Tempahan hotel empat bintang di Langkawi dijangka meningkat selepas 19 September - MAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631693535_hotel.jpg)
Tempahan hotel empat bintang di Langkawi dijangka meningkat selepas 19 September - MAH
Sambutan hebat itu dijangka diterima selepas tempoh PKPD yang dikenakan di Mukim Kuala Kedah selama 14 hari tamat.