KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menegaskan pihaknya tidak menggunakan Ivermectin, iaitu ubat jenis antiparasit untuk merawat pesakit COVID-19.
Presiden APHM Datuk Dr Kuljit Singh berkata sejak Januari hospital swasta mengamalkan protokol rawatan berdasarkan bukti yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan persatuan-persatuan perubatan antarabangsa untuk merawat pesakit COVID-19 dan Ivermectin tidak dimasukkan.
"APHM telah menghubungi hampir semua 152 ahlinya dan tiada satu pun yang menggunakan ubat antiparasit, Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 mereka.
"Kementerian Kesihatan telah mengarahkan beberapa hospital di bawahnya untuk menjalankan ujian klinikal ke atas Ivermectin, tetapi tiada satu pun hospital swasta yang terlibat dalam ujian tersebut. Hospital swasta hanya akan menggunakan perubatan ini selepas diluluskan dengan panduan lengkap daripada kerajaan. Bagaimanapun setakat ini tiada petunjuk berhubung perkara itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengumuman terbaharu KKM menetapkan Ivermectin sebagai rawatan 'off-label' untuk COVID-19 yakni ubat antiparasit itu hanya boleh digunakan di bawah pengawasan dan hospital swasta perlu berhati-hati dalam menggunakan ubat yang masih dalam peringkat kajian tanpa bukti kukuh keberkesanannya.
Dr Kuljit berkata APHM memberi jaminan bahawa setakat ini, belum ada dalam kalangan ahlinya yang memberi Ivermectin kepada pesakit untuk tujuan merawat COVID-19 dalam sebarang kategori.
Justeru persatuan itu menafikan berita-berita palsu di media sosial yang mendakwa beberapa hospital swasta telah berjaya merawat pesakit COVID-19 dengan menggunakan ubat berkenaan, yang tidak diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Menjelaskan lanjut, beliau berkata hospital swasta kini secara aktif menguruskan pesakit COVID-19 berdasarkan kapasiti dan keupayaan mereka, selain menyediakan kakitangan untuk pusat pemberian vaksin (PPV) mega dan PPV di hospital persendirian sambil menambah hospital swasta turut menguruskan pesakit yang dipindahkan dari hospital kerajaan.
Dr Kuljit berkata sebanyak 44 hospital swasta dalam kawasan 'Greater' Lembah Klang telah memperuntukkan 951 katil untuk pesakit yang dipindahkan dari hospital kerajaan dan proses itu masih berjalan setiap hari.
Bernama
Mon Jul 26 2021
APHM mengesahkan ahlinya tidak menggunakan ubat antiparasit Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 mereka- Gambar fail/ Reuters
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.