KUALA NERUS: Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dijangka akan dibuka kepada orang awam pada awal tahun depan, kata Naib Canselornya Prof Dr Fadzli Adam.
Beliau berkata pembinaan hospital tersebut telah siap sepenuhnya pada Januari lepas iaitu selepas tujuh tahun, dan sebagai permulaan sebanyak 100 katil akan ditempatkan.
"HPUniSZA baru sahaja memulakan operasi secara dalaman dengan pembukaan klinik perubatan am untuk kakitangan dan pelajar UniSZA pada Isnin lepas (1 Ogos).
"Dalam tempoh itu, pihak pengurusan hospital akan meneliti keberkesanan, kesesuaian dan menambah baik perkhidmatan sebelum operasi dibuka kepada umum kelak," katanya kepada media selepas mengiringi lawatan kerja Pengerusi Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Seri Dr Ahmad Said ke HPUniSZA.
Menurutnya pembukaan HPUniSZA itu yang berkonsep patuh syariah, dijangka dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu yang semakin kritikal pada masa ini.
"Pengoperasian HPUniSZA akan dibuat secara berperingkat kerana masih terdapat peralatan perubatan yang sedang dalam proses perolehan. Sebanyak 951 perjawatan juga telah dan sedang diisi berdasarkan keperluan operasi hospital," katanya.
Selain itu, Fadzli berkata pihaknya akan berkerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk menawarkan rawatan pakar kardiologi kepada penduduk pantai timur yang kini tertumpu di hospital utama negeri dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.
Menurutnya perkara tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui antara kedua pihak dan dijangka dapat beroperasi secara penuh pada pertengahan tahun depan.
"Bagaimanapun untuk peringkat awal ini, penawaran rawatan kardiologi di HPUniSZA hanya melibatkan perkhidmatan perundingan bagi kanak-kanak dikendalikan oleh tenaga pakar IJN yang akan datang sekali sebulan.
"Kita menyasarkan untuk dapat lakukan pembedahan dan rawatan kardiologi lain pada hujung tahun depan dengan bantuan serta latihan oleh pakar daripada IJN," katanya yang memberitahu terdapat tiga pakar kardiologi dan seorang pakar pembedahan jantung di hospital itu pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
HPUniSZA dijangka dibuka kepada orang awam pada awal tahun depan, ketika tinjauan 3 Ogos, 2022. -- fotoBERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Hospital Pengajar UniSZA dibuka kepada orang awam tahun depan
Pembinaan hospital tersebut telah siap sepenuhnya pada Januari lepas dan sebagai permulaan sebanyak 100 katil akan ditempatkan.