JOHOR BAHRU: Kerja pembinaan Hospital Pasir Gudang kini mencapai 40.47 peratus dan dijangka dapat disiapkan lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Hospital itu yang sebelum ini dijadualkan siap pada September 2024, katanya, boleh disiapkan sebulan atau dua bulan lebih awal dan diharap dapat beroperasi sepenuhnya pada 2025.
"Sehingga 15 Mei lepas kalau mengikut jadual (asal) cuma 27.96 peratus tetapi sebenarnya di tapak, kita telah mencecah 40.47 peratus dan ini bererti kita sudah mendahului sebanyak 12.51 peratus.
"Mudah-mudahan hospital tersebut boleh disiapkan sebulan atau dua bulan lebih awal dan dapat memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitar Pasir Gudang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aset Bukan Perubatan di Wad Bunga Raya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.
Beliau berkata hospital berkenaan yang merupakan hospital awam ketiga di daerah ini akan membantu mengurangkan kesesakan di HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Projek di kawasan Bandar Seri Alam bernilai RM375 juta itu bermula pada September 2020 dan bakal dilengkapi 304 katil, lapan bilik bedah dan 65 bilik konsultasi bagi rawatan pesakit luar.
Ia turut menyediakan pusat rawatan harian, 30 kerusi dialisis, farmasi pandu lalu, 16 bilik bersalin, 34 kuarters jururawat dan hampir 1,000 ruang parkir.
Sementara itu, mengenai program hari ini Ling berkata badan bukan kerajaan (NGO) Buddha's Light International Association menyumbang 300 set meja sisi katil dan almari, dianggarkan bernilai RM300,000 kepada Wad Bunga Raya HSA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon (empat, kiri) pada Penyerahan Peralatan Wad di Hospital Sultanah Aminah hari ini. - Foto BERNAMA

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Dua hospital baharu di JB bantu atasi kesesakan di HSA, HSI - Khairy
Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di Johor Bahru dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama.