KUALA LUMPUR: Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.
Hadiah itu disampaikan dalam Malam Wartawan Malaysia 2024 yang dianjurkan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat malam.
Astro AWANI merangkul Anugerah Perak dalam Kategori Video Terbaik menerusi wartawannya, Ridauddin Daud dan jurukamera, Mohd Nasruddin Abdul Samad serta Mohamad Noor Fitri Mohamed Zainuri.
Satu lagi Anugerah Perak dalam Kategori Lintas Langsung Terbaik menerusi wartawan, Ridauddin Daud dan jurukamera, Mohd Rizal Rahim.
Manakala, kreativiti Zaireen Aliza Muhamad Zohadie, Mohd Izzuddin Hasbollah, Mohd Rizal Sukaimi, Irfan Mohamad Fairus dan Abdul Hasib Jahidin cemerlang merangkul Anugerah Gangsa dalam Kategori Kewartawanan Multimedia Terbaik.
Pemenang Perak membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta sijil manakala pemenang Anugerah Gangsa membawa pulang wang tunai RM2,000 dan sijil.
Majlis disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong.
Ridauddin Daud
Fri Jun 07 2024

Astro AWANI merangkul Anugerah Perak dalam Kategori Video Terbaik menerusi Ridauddin dan Mohd Nasruddin serta dan Mohamad Noor Fitri. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

HKM 2023: Astro AWANI rangkul tiga anugerah
Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.