KUALA LUMPUR:Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas undangan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama UAE Sheikh Abdullah bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.

Kenyataan Kementerian Luar hari ini memaklumkan Hishammuddin dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari UAE malam ini berhubung kerjasama dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Lawatan itu dilakukan setelah berakhirnya lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia yang berlangsung dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketat COVID-19 seperti ditetapkan kerajaan UAE.

-- BERNAMA