JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Matyasir Ahmad Basir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini pagi tadi.
Beliau berkata hantaran pemilik akaun Facebook bernama "Hezry Yasin" yang dipercayai seorang pemimpin muda sebuah parti politik, disifatkan berunsur fitnah dan menghina institusi diraja.
"Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak mahu isu dan perkara sebegini akan mengundang rasa tidak hormat dan penghinaan kepada institusi diraja berterusan," katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Seri Alam di sini hari ini.
Pemilik akaun Facebook itu dalam hantarannya menyatakan beliau tidak menadahkan tangan ketika bacaan doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja semasa khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.
Pemilik akaun tersebut turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama diancam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Matyasir (dua, kiri) bersama beberapa ahli Pemuda UMNO Pasir Gudang menunjukkan laporan polis di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Seri Alam hari ini. - Foto Bernama
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Hampir 200 sekolah di United Kingom (UK) terpaksa ditutup akibat salji yang turun dengan lebat.
Susulan itu Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
Susulan itu Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad apabila lapisan kabus tebal menyelubungi kebanyakan kawasan di rantau itu.
Platform penting sebarkan inisiatif kerajaan - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalinkan hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tanpa peranan media, sudah tentu rakyat sukar memahami cabaran dihadapi kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tanpa peranan media, sudah tentu rakyat sukar memahami cabaran dihadapi kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek.
Polis mohon bantuan kesan wanita hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak keluar bekerja pada Jumaat lepas.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Junaida Abdul Rahim daripada kakak kandungnya pada 12.58 tengah malam Isnin.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Junaida Abdul Rahim daripada kakak kandungnya pada 12.58 tengah malam Isnin.
Lima daerah di Terengganu terjejas babit 1,622 mangsa
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Ukraine gunakan ATACMS untuk serang Rusia
Ukraine buat pertama kali menggunakan peluru berpandu ATACMS buatan Amerika Syarikat untuk menyerang wilayah Rusia pada Selasa, dalam tindakan yang menandakan hari ke-1,000 konflik tersebut.
Serangan ini dilakukan selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan kebenaran baru kepada Ukraine untuk menggunakan senjata tersebut.
Serangan ini dilakukan selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan kebenaran baru kepada Ukraine untuk menggunakan senjata tersebut.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Pembunuh 77 orang di Norway, Breivik, sekali lagi mohon parol awal
Breivik menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Norway secepat mungkin, jika dibenarkan.
Benarkan Ukraine lancar serangan, Rusia bagi amaran keras buat AS
Kremlin mengeluarkan amaran keras terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang membenarkan Ukraine melancarkan serangan ke atas sasaran di wilayah Russia menggunakan peluru berpandu jarak jauh buatan AS.
Hina Yang di-Pertuan Agong, Pemuda UMNO Pasir Gudang buat laporan polis
Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.